Artikel Pilihan

NIO PERKENAL PENGECAJ PANTAS 500KW DAN PUSAT PENUKARAN BATERI

Selain memperkenalkan kereta elektrik yang baru di bawah jenama Nio, syarikat pengeluar kereta elektrik nombor satu ini juga turut mengetengahkan idea stesen penukaran bateri mereka menjadi realiti. Semua teknologi baru ini diperkenalkan semasa Nio Event Day di ibupejabat mereka di Hefei

Dikenali sebagai Tesla China, Bio memperkenalkan pengecaj arus terus berkuasa 500kW dengan arus sebesar 650amp yang berupaya mengecaj bateri sebesar 100kWh dalam masa 12 minit sahaja bagi dari 10% ke 80%. Semua ini dapat dicapai jika bateri kenderaan menggunakan rekaan 800 Volt

Bagi platform kenderaan elektrik yang menggunakan 400 Volt, sistem ini akan mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. Namun sistem ini lebih pantas daripada pengecaj 350kW yang digunakan di Amerika.

Sistem pemgecasan pantas menawarkan teknologi penyejukan cecair hasil R&D mereka sendiri dengan kabel yang lebih ringkas dan ringan akan mula ditawarkan kepada pengguna mulai bulan mac 2023. Buat masa ini Nio mengoperasikan 2239 stesen pengecaj di seluruh China dan terbuka untuk semua jenama kereta elektrik

Semasa Nio Event Day ini juga, syarikat ini juga menawarkan teknologi stesen pertukaran bateri baru yang boleh menukar sehingga 400 bateri dalam masa sehari. Proses ini jauh lebih pantas dengan mengambil masa kurang daripada seminit untuk disiapkan bagi sebuah kereta.

Stesen pertukaran bateri ini akan dilengkapi dengan kawalan automatik, 2 sensor lidar dan 2 set cip pemproses Nvidia OrinX dan berupaya berhubung terus dengan kereta elektrik yang datang untuk memastikan semua proses ini berjalan secara autonomi sepenuhnya.

Buat masa ini Nio telah mengoperasikan 1286 stesen penukaran bateri di China dan beberapa stesen penukaran bateri di Norway. Mulai bulan Mac 2023, mereka aan melancarkan stesen penukaran bateri generasi ke 3 yang dihasilkan oleh Nio sendiri.

Google ads
Back to top button