INI MODIFIKASI YANG DIBUAT PADA ENJIN GR YARIS UNTUK DIPASANG PADA GR COROLLA
Seperti yang pembaca sedia maklum, lawan kepada Honda Civic Type R ialah Toyota GR Corolla namun berbeza dengan Honda Civic Type R yang menggunakan enjin 4 silinder 2000cc, Toyota GR Corolla hanya menggunakan enjin 3 silinder 1600cc sahaja
Untuk model GR Yaris, enjin G16E-GTS ini menjana sehingga 257 kuasa kuda dan 360Nm tork pada 3000 RPM. Buat masa ini enjin ini adalah enjin 3 silinder yang paling berkuasa yang dihasilkan untuk sebuah kereta yang boleh dikategorikan sebagai sebuah kereta mampu milik
Enjin ini kemudian akan dipasang pada GR Corolla namun kuasanya akan dipertingkatkan bagi melawan Honda Civic Type R. Kuasa enjin dinaikkan kepada 300 kuasa kuda dan tork enjin dinaikkan kepada 370Nm pada 3000 RPM.
Bagi mencapai semua angka di atas, Toyota telah menggantikan semua piston kepada aloi yang lebih kuat. Namun Toyota masih lagi berahsia berkenaan dengan apakah bahan sebenar yang digunakan dalam penghasilan piston ini
Aloi yang sama digunakan untuk menghasilkan spring injap ekzos yang dihasilkan dengan saiz yang lebih besar bagi membenarkan aliran gas ekzos yang lebih lancar. Jadi spring yang digunakan pada enjin ini sebenarnya lebih keras berbanding dengan spring yang digunakan untuk GR Yaris
Unit turbocaj yang terbina dalam pada manifold ekzos berputar pada alas bebola dan juga menghasilkan 10% lebih tekanan boost. Jika GR Yaris mengenakan 20.3 psi boost, GR Corolla menggunakan 22.33 psi boost turbo
Malah penyejuk minyak enjin yang digunakan pada unit turbo juga adalah lebih besar berbaning rekaan asal. Diameter ekzos juga dibersarkan lagi bagi mengurangkan back pressure bagi meningkatkan lagi kuasa enjin
Lain-lain rekaan yang unik pada enjin G16E dikekalkan sperti piston sejukan minyak ejin, port kemasukan yang direka khas, sistem suntikan bahan api berkembar EFI dan suntikan bahan api terus yang semuanya dipasang dengan tangan oleh juruteknik Toyota di kilang Motomachi
Enjin G16E-GTS ini adalah salah satu contoh kejuruteraan moden yang dihasilkan dan masih memenuhi regulasi pencemaran udara yang ketat dengan penawaran 100 kuasa kuda bagi setiap silinder. Bagi kuasa spesific, ia menawakan sekitar 187.5 kuasa kuda/liter enjin sama seperti Bugatti Chiron.