Buletin

NISMO MERAIKAN ULANG TAHUN KE 40. SEMOGA TERUS WUJUD UNTUK MENGGEMBIRAKAN PEMINAT NISSAN

Nissan hari ini menandakan ulang tahun ke-40 NISMO. Ditubuhkan pada 17 September 1984 sebagai Nissan Motorsport International Co. Limited, NISMO, ialah bahagian penalaan dalaman, sukan permotoran dan juga sebagai cabang model berprestasi Nissan. Jenama ini mewakili penjelmaan dedikasi syarikat terhadap prestasi, baik di litar lumba dan di jalan raya awam.

Terletal di lokasi asalnya Omori, Tokyo, NISMO telah berkhidmat sebagai penggerak di sebalik beberapa model kenderaan Nissan yang cukup mengujagakan dan usaha mereka dalam sukan permotoran. Falsafah NISMO ‘Track to road’ merangkumi matlamatnya untuk menyampaikan prestasi terbaik Nissan untuk pemandu kereta jalan raya, menarik inspirasi dan pembelajaran dari tempat untuk membuktikan yang paling ultimatum di atas litar lumba.

Bagi meraikan kejayaan itu, pengunjung yang hadir ke Galeri Ibu Pejabat Global Nissan di Yokohama, Jepun boleh melihat gabungan model jalan raya mreka seperti NISMO 270R yang sangat jarang ditemui, dan NISMO 400R yang dihormati. Tidak lupa juga model ikonik trek seperti Nissan R390 GT1, yang mendapat tempat ke-3 dalam 1998 24 Hours of Le Mans, 24 Hours of Daytona-menang Nissan R91CP dan ikonik Japan Touring Car Championship (JTCC), Calsonic Skyline GT-R Group A. Model ini ini sememangnya cukup dikenali di serata dunia. Sampaikan ianya turut di-Tomica-kan dan menjadi buruan buat sang pengumpul.

Selain itu mempamerkan model lagenda dan ikonik, Nissan juga menayangkan barisan model domestik semasa khusus untuk Jepun, termasuklah Ariya NISMO, Aura NISMO dan Fairlady Z Nismo yang dilancarkan baru-baru ini turut dipamerkan. Pameran julung ini berlangsung sehingga 15 Oktober 2024.

Ketua Unit Perniagaan Sukan Permotoran Global Nissan dan Presiden NMC Takao Katagiri berkata ” Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong Nismo sejak 1984 dan kami berharap dapat memberikan kelajuan, keyakinan dan keseronokan untuk beberapa dekad yang akan datang. Falsafah trek ke jalan raya kami yang sudah lama, diteruskan dengan program perlumbaan Super GT dan Formula E kami.”

Dan untuk peminat, akan diadakan juga Festival NISMO 2024 pada Disember nanti di Fuji International Speedway bagi memberikan penghormatan kepada jenama ini yang cukup unggul di atas jalan raya mahu pun litar lumba.

BACA : NISSAN ARIYA NISMO – SIAPA KATA EV TAK BOLEH KELIHATAN SPORTY DAN LAJU

BACA : NISSAN Z NISMO TERAWAL HABIS DITEMPAH DALAM MASA 60 MINIT

Google ads

B K

Back to top button