Artikel Pilihan

NISSAN 400 Z DENGAN TRANSMISI 9 KELAJUAN AUTOMATIK SEBENARNYA LEBIH GARANG

Jika anda memandu kereta sport, mungkin anda cenderung untuk mengatakan bahawa adalah lebih baik ia menggunakan transmisi manual berbanding dengan automatik. Tapi bagi Nissan 400 Z, kenyataan ini sebenarnya adalah terbalik

Laman sesawang automotif Jalopnik mendapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi bunyi yang dihasilkan oleh sistem ekzos kenderaan antara varian manual dengan varian automatik. Versi automatik menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan garang berbanding dengan versi manual.

Hal ini disahkan oleh kakitangan Nissan US yang menyatakan bunyi versi automatik 9 kelajuan adalah lebih garang disebabkan undang-undang bunyi California yang paling ketat. Di Amerika, undang-undang California adalah paling ketat dan digunapakai oleh semua negeri yang lain

Tapi undang – undang ini ada kelemahan dari segi pelaksanaan ujian yang SOP ujian dihasilkan oleh Society of Automotive Engineer. Versi manual dan automatik akan menjalani SOP ujian yang berbeza.

Semasa ujian dijalankan semua kereta mesti memecut sehingga 50km/jam dimana pada ketika ini bunyi akan diukur. Versi manual perlu menghabiskan ujian dalam gear 2 atau 3, menyebabkan enjin diperah sehingga garisan merah RPM dan menghasilkan bunyi yang kuat.

Bagi versi automatik, kereta perlu dipecut selaju mengkin tanpa perlu dipaksa pada mana-mana gear, menjadi lebih perlahan tapi pada masa yang sama bunyi ekzos adalah lebih senyap berbanding dengan versi manual ketika ujian dijalankan.

Tapi jika dipandu dengan gear yang lebih rendah, versi automatik sebenarnya lebih sedap bunyinya di atas jalan raya apabila pemandu menukar gear dengan menggunakan paddle shift berbanding dengan versi manual. Ia menghasilkan bunyi yang lebih kuat di atas jalan berbanding semasa ujian dibuat

Untuk rekod enjin 3000cc 6 silinder V6 dengan turbo berkembar ini menjana sehingga 400 kuasa kuda pada 6400 RPM. Ini bermaksud jika diperah pada 6400 RPM, bunyi ekzos dan enjin Nissan 400Z ini memang sangat syahdu.

Google ads
Back to top button