Buletin

NISSAN LEAF KERAT BUMBUNG – SEMPOI DITIUP ANGIN

Nissan LEAF adalah kereta elektrik terlaris di dunia. Di Jepun sahaja sebanyak 100,000 unit LEAF terjual sejak dilancarkan pada tahun 2010.

Untuk meraikan jumlah jualan tersebut, Nissan telah mempamerkan sebuah unit yang pelik dan menarik di Tokyo iaitu LEAF Open Car. 

Ini bukan gambar photoshop, ini betul-betul wujud dan hanya ada satu sahaja di dunia. Kereta ini dipamperkan di sebuah forum yang membincangkan tentang penubuhan sebuah masyarakat tanpa emisi (zero-emission society).

Selepas tujuh tahun berada di pasaran, Nissan telah memperkenalkan LEAF generasi kedua pada bulan Oktober 2017. Model generasi kedua ini nampak lebih mesra di mata dengan ciri-ciri reka bentuk semasa berbanding generasi pertama dahulu.

Nissan LEAF generasi kedua ini lebih baik berbanding model terdahulu di mana ia boleh bergerak sehingga 378 km sekali cas. Sempat la guna kalau setakat pergi Seremban balik hari.

LEAF baharu juga mempunyai teknologi e-Pedal di mana pemandu hanya perlu menggunakan satu pedal sahaja untuk bergerak, memecut, memperlahankan dan menghentikannya. Semua dalam satu pedal. Jimat tenaga kaki.

Selain LEAF kerat bumbung, Nissan sebelum ini turut mempamerkan sebuah unit konsep LEAF Nismo. Yang ini mengancam habis siap dengan kit badan NISMO.

Apa pun Nissan memang handal sebab pandai buat kereta sport macam GT-R dan pandai juga buat kereta hijau macam LEAF. Saya sokong Nissan! 

BACA: NISSAN LEAF NISMO DAN SERENA NISMO UNTUK TOKYO MOTOR SHOW – MENGANCAM HABIS!

Kredit: Nissan
Google ads
Back to top button