Artikel Pilihan

ALKISAH NISSAN AD – DARI PASAR TANI KE UP TOWN

Suatau masa dahulu, Wagon adalah antara antara kereta yang menjadi kegemaran buat mana-mana keluarga kecil yang inginkan sebuah praktikaliti sesebuah mobiliti. Nak mengangkut anak bini pergi bercuti sambil ruangan kargo penuh terisi. Di Jepun, negara terdapat sebuah model Wagon yang tersangatlah berguna, ia digelar sebagai Nissan Wingroad atau pun Nissan AD.

BACA :  NISSAN AD RESORT SI MANJA MERAH – DARI KERETA PASAR MALAM JADI WAGON YANG MEMUKAU

BACA : AD RESORT CALIFORNIA WINGROAD

Generasi pertama model Wagon ini hadir antara tahun 1982 sehingga 1990. Agak lama juga ianya berada di pasaran. Ianya dibina berdasarkan model Nissan Sunny B11 Series. Ketika itu, nama yang digunapakai di dalam pendaftaran JPJ Jepun adalah Nissan Sunny AD Van.

Keupayaan Wagon ini untuk menjalankan tugas sebagai kenderaan pasar malam di Jepun ketika itu barangkali boleh dianggap sebagai cemerlang. Malah sistem gantungan di bahagian belakang sengaja direka untuk kegunaan komersial. Selesa letak tepi dahulu. Ruang kargo yang luas tetapi dalam masa yang sama corak pemanduannya sama seperti memandu sebuah kereta biasa, adalah sebab dan munasabab mengapa Wagon ini menjadi pilihan di kala itu.

Generasi kedua Wagon ini pula menjelma bermula dari tahun 1990 sehingga ke tahun 1998. Model ini boleh tahan popular juga. Merata di eksport ke luar negara, antaranya New Zealand, Eropah, Thailand dan tidak lupa juga Malaysia. Model yang dijanakan dengan pilihan enjin 1.3 liter atau pun 1.5 liter ini.

Wagon ini tampak gayanya lebih bersifat kepada kenderaan komersial / kargo berbanding untuk penggunaan persendirian apabila ianya banyak dijadikan sebagai kenderaan penghantar barangan. Namun jangan hairan, kerana sebetulnya Nissan turut mempunyai sebuah lagi model Wagon, Nissan Avenir yang mempunyai dimensi yang sedikit besar.

Dan di tempat kita, Nissan AD Resort ini pun boleh tahan popular juga. Apa tah lagi setelah ianya diburu untuk disumpah kepada versi JDM.

Generasi ketiganya pula muncul pada tahun 1999 sehingga ke tahun 2005. Sedikit malang apabila kehadiran model ini tidak wujud di negara kita. Model ini kelihatan lebih lawa dan lebih sesuai untuk dipandu oleh golongan muda.

Melihatkan Wagon ini apabila dipasangkan dengan kit badan Aero Sport Limited sudah cukup untuk menggusarkan hati mana-mana anak lelaki di kala itu. Kalau dah cantik sebegini, takkan pula nak bawa berniaga Pasar Tani kan. Meniaga Jam G Shock Gred Copy Ori di Up Town Danau Kota pasti lebih sesuai gayanya.

Generasi terkini Wagon ini pula membuat kemunculan sekitar tahun 2006. Kalau ini paras rupanya jauh sangat beza. Memang tak ada rasa malu langsung kalau pandu Wagon sebegini berjumpa dengan bakal emak mertua di Saitama. Model ini dibangunkan bersama antara Renault dan juga Nissan berdasarkan Platform B.

Cuma sayangnya model Wagon yang pernah menjadi kebanggaan Jepun suatu ketika dahulu tidak lagi mempunyai pengganti apabila ianya ditamatkan secara rasmi bermula tahun 2018 ini. Iya, barangkali bertindan pula dengan model Nissan Livina pula untuk dipasarkan. Tapi tahukah adik kakak sekalian bahawa Nissan Livina itu bukannya asli dari Jepun? China mari ok!

Google ads
Back to top button