Buletin

MAZDA6 FACELIFT 2018 – ALAMI PERUBAHAN PALING KOMPREHENSIF  

Mazda baru-baru ini memperkenalkan versi facelift sedan dan wagon Mazda6 di pasaran Jepun. Ini merupakan penambahbaikan ketiga selepas Mazda6 diperkenalkan pada tahun 2012.

Perubahan kali ini dilihat paling komprehensif terutama pada bahagian hadapan yang kini hadir dengan kemasan krom pada krom dan lampu utama.

Dari segi enjin pula, Mazda menawarkan enjin dua liter empat silinder DOHC Skyactiv-G berkuasa 165PS untuk dua varian asas. Bukan itu sahaja, enjin tubo diesel baharu bersesaran 2.2 liter dengan kuasa 190hp dan tor 450Nm juga ditawarkan.

Bagi pelanggan yang mahukan enjin petrol lebih berkuasa, mereka boleh memilih enjin 2.5 liter Skyctiv-G. Berkuasa 190Nm dan tork 252Nm, ia dipadankan dengan kotak gear manual serta sistem pacuan empat roda.

Mazda6 baharu dilengkapi Modul Kawalan Rangkaian Kuasa (PCM) yang berfungsi mengawal pancitan bahan api dengan lebih tepat, sekali gus mengurangkan pengeluaran gaz ekzos.   

Penambahbaikan lain termasuklah bahagian kabin dibalut kulit Nappa, warna baru dan skrin infotainmen bersaiz lapan inci.

Walaupun segmen SUV semakin berkembang, Mazda masih berjaya menjual 150,000 buah sedan di seluruh dunia, terima kasih kepada produk CKD di pasara China dan India.

Google ads
Back to top button