Buletin

NISSAN SKYLINE GT-R R32 DIUNDI MODEL PALING TOP DALAM #NISMOtop20

Baru-baru ini NISMO telah mengadakan satu program undian  #NISMOtop20 bagi memilih model NISMO mana yang paling digemari. Jawapannya ialah? Cuba teka? R35? R32? R33? R34?

Okay tak perlu teka sebab jawapan pun dah ada pada tajuk artikel ini. Rupa-rupanya Nissan Skyline GT-R R32 yang paling digemari. Kenapa tidak R34? Entah, memang R32 ini handal.

Kredit dan Hakcipta Nissan

Jika berdasarkan rekod kereta lain pun tidak kurang hebat sebenarnya. Cuba lihat rekod di bawah:

  • Nissan GT-R NISMO GT3 – Juara dalam Bathurst 12 Hour, Blancpain GT Series dan GT300
  • Nissan Skyline GT-R R34 – Juara dalam JGTC 2003
  • Nissan GT-R NISMO GT500 – Juara dalam Super GT 2014/15

Nissan R32 paling digemari bukan sahaja sebab prestasi tetapi status legenda yang terdapat pada model ini. Dalam lima tahun tempoh pengeluaran, model ini telah memenangi pelbagai perlumbaan di tiga benua berbeza.

Kredit dan Hakcipta Nissan

Di Eropah, R32 meraih kemenangan keseluruhan di Spa 24 pada tahun 1991. R32 juga memenangi Kejuaraan Kereta Touring Australia buat pertama kalinya pada tahun 1991 diikuti dengan kejayaan lain pada tahun 1992 seperti memenangi perlumbaan Bathurst 1000 untuk dua tahun berturut-turut.

Walau bagaimanapun kejayaan itu ‘biasa-biasa’ sahaja jika dibandingkan dengan prestasi di Jepun di mana R32 memperolehi kejayaan terbesarnya.

Kredit dan Hakcipta Nissan

Nissan Skyline GT-R R32 berjaya meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan Kejohanan Kereta Touring Jepun pada musim 1990, 1991, 1992 dan 1993 membantu pasukan Hasemi dan Impul di sepanjang tempoh tersebut.

Selain perlumbaan di litar, R32 juga popular di dalam siri permainan video Gran Turismo.

Nissan Skyline GT-R R32 membuktikan kehebatannya di litar lumba, di skrin, dan tidak hairanlah apabila ia diundi ke tempat teratas dalam persaingan # NISMOtop20 seterusnya layak memegang gelaran kereta lumba Nissan NISMO paling hebat setakat ini.

Google ads
Back to top button