BuletinMotosikal

LETS TALK – MODENAS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PEMILIK MOTOSIKAL BAJAJ

Hari ini berlangsung satu lagi acara Let’s Talk, program Modenas bersama pelanggan yang merupakan hari beramah mesra Modenas bersama pemilik Bajaj

Inisiatif yang diadakan oleh pihak Bajaj Auto ini tak lain tak bukan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas terus dari pelanggan.

Bayangkan tiada birokrasi dan tiada sekatan maklumat kerana pemilik Modenas-Bajaj berpeluang meluahkan sendiri apa juga masalah, cadangan, kritikan terus kepada jurutera mereka.

Semenjak menggandakan usaha menguasai semula pasaran, Modenas agresif dengan pelbagai aktiviti yang diaturkan kepada pembeli produk mereka. Mereka sedar, memenangi hati pelanggan lebih penting untuk memastikan hubungan erat antara pembeli dan pengeluar terus terjalin.

Pemilik Bajaj dijemput secara peribadi ke acara yang diadakan di Ibu Pejabat Modenas di Glenmarie, Shah Alam. Peserta datang dari segenap pelusuk negeri tidak melepaskan peluang untuk acara yang bermula seawal 9.00 pagi.

Sebaik selepas pendaftaran, peserta diedarkan dengan borang maklumbalas, kemudian mereka berpeluang bersemuka satu sama satu dengan eksekutif, jurutera Modenas dan jurutera Bajaj yang diterbangkan dari India ke sini.

Pelanggan memberi maklumbalas terus dan bahagian khidmat teknikal Modenas bersedia memeriksa dan melakukan pembaikan terus ke atas motosikal pemilik. Power kan?

Kemudian, mereka berkumpul dalam dewan utama dalam satu sesi klinik teknikal. Para peserta didedahkan dengan tips-tips penjagaan motosikal, info teknikal, perkongsian pengalaman dan maklumat berguna yang ramai menganggapnya perkara remeh.

Misalnya, tekanan angin tayar yang betul, sela masa penukaran alatganti seperti pad brek, penjagaan rantai, tayar dan sebagainya.

Pendek kata, Abang Japar rasa ia sesuatu yang patut dilakukan oleh semua pengeluar. Agak mengejutkan inisiatif serius yang dibuat Modenas ini memandangkan mereka bukan jual Panigale  yang berharga RM200,000.

Mereka jual motosikal mass yang murah. Tapi itulah, ia tentang membina jenama dan kepercayaan.

Abang Japar rasa Bajaj ni tahu memang produk mereka bagus.

Dan aktiviti seperti ini sibuat untuk jadikannya lebih bagus

 

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button