Buletin

NISSAN & INFINITI TAWAR WARANTI KENDERAAN 7 TAHUN, PERBATUAN TANPA HAD

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dan Inspired Motor Sdn. Bhd. berbesar hati untuk mengumumkan waranti baru selama tujuh tahun dengan perbatuan tanpa had untuk model-model Nissan dan Infiniti. 

Tawaran waranti ini adalah sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong Group yang sejak ditubuhkan tahun 1957.Waranti tersebut melibatkan semua model Nissan kecuali pikap Navara yang dihadkan kepada 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km.

7 yrs wanranty Window Sticker FOP

Manakala bagi kenderaan kegunaan komersial, waranti adalah sama seperti sebelumnya iaitu selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Waranti 7 tahun dikendalikan sepenuhnya oleh Tan Chong Group. Ia boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh jaminan itu.

Syarat waranti 5 tahun pertama adalah sama dengan waranti 3 tahun pengilang, manakala tahun ke-6 dan ke-7 adalah untuk jaminan enjin, transmisi dan alat ganti terpilih. Program waranti lanjutan untuk pemilik sedia ada akan ditawarkan tidak lama lagi.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ETCM akan menghadiahkan peralatan rumah jenama Hitachi bernilai RM108,888 kepada para pemenang Januari dan Februari yang bertuah.

nissan-7-years-warranty-mekanika-2

Kempen ini merupakan hasil kolaborasi unik di antara ETCM dan Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. Ia memberi peluang kepada para pelanggan untuk memenangi pelbagai peralatan rumah apabila mereka membeli serta mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh promosi.

Sepanjang tempoh kempen ini, ETCM turut menawarkan rebat dan penjimatan menarik sehingga RM6,500 untuk model-model terpilih Nissan. Skim Bayaran Muka 0% Faedah dan Promosi RM1 juga akan diteruskan.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Tahun Baru Cina Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut:

nissan-7-years-warranty-mekanika-7

nissan-7-years-warranty-mekanika-6

Google ads
Back to top button