Buletin

VPCM TAWAR ANGPAU RM66,888 SEMPENA CNY 2017

Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) mengalu-alukan kedatangan tahun ayam dengan kempen angpau paling besar sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini. 

Mulai sekarang hingga 15 March 2017, pelanggan yang membeli kereta Volkswagen berpeluang memenangi satu paket angpau berjumlah RM66,888, nilai yang sama dengan sebuah Volkswagen Vento Trendline.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (7)

Bagi menambah kemeriahan Tahun Baru Cina, semua pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Volkswagen sepanjang tempoh promosi juga akan diberi angpau dalam bentuk pulangan semula wang tunai bermula sebanyak RM388 hingga RM1,288.

BACA – JAMINAN LANJUTAN 2 TAHUN KOTAK GEAR VW

BACA – GOLF GTi CLUBSPORT TERPANTAS DI NURBURGRING

Bagi promosi Tahun Baru Cina ini, para pelanggan boleh memilih daripada rangkaian model seperti Polo, Golf, Beetle, Vento, Jetta dan Passat serba baharu. Untuk layak, semua tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, selain tertakluk kepada terma dan syarat sehingga stok masih ada.

Maklumat lanjut mengenai promosi Tahun Baru Cina sila kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button