Buletin

NISSAN X-TRAIL HANCUR DIHEMPAP KONKRIT. SIKIT LAGI NAK KENA PEMANDU

Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan Nissan X-Trail yang diparkir dihempap konkrit di bandar pelabuhan Vladivostok, Rusia.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketika kejadian, lelaki berusia 27 tahun itu sedang membersihkan ais di bahagian cermin hadapan keretanya.

Lelaki berkenaan telah mendongak ke atas dan seketul konkrit berukuran 2.4 meter x 1.2 meter terjatuh lalu menghempap bahagian bumbung Nissan X-Trail terbabit.

SUV berkenaan rosak teruk manakala lelaki berkenaan hanya beberapa meter dari terkena hentakan konkrit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bayangkan jika lelaki berkenaan di dalam kenderaan ataupun terkena konkrit tersebut.

 Difahamkan, konkrit dengan berat kira-kira 2 tan itu jatuh dari tingkat Sembilan.

Bukan sahaja lelaki berkenaan bertuah tetapi isterinya, Darya Pnomarenko-Zhuk, 26 baru sahaja memasuki bangunan untuk mengambil air panas dalam membantu suaminya membersihkan ais di cermin hadapan kenderaan.

Menurut RFERL, insiden berlaku selepas ribut salji melanda bandar tersebut yang mengakibatkan kira-kira 60,000 penduduk kehilangan kuasa elektrik malah salji setebal 1.2 sentimeter melitupi kawasan bandar. – carscoops

Google ads
Back to top button