Buletin

NISSAN PERKENAL NAVARA FACELIFT, VARIAN PRO-4X. REKAAN RUGGED, LASAK, MODEN

Nissan memperkenalkan pikap trak terbaharu Navara secara rasmi selepas beberapa teaser berlegar di platform media sosial.

Model Navara terbaharu ini dipertingkatkan dari pelbagai aspek termasuk keselamatan, keselesaan, teknologi dan ketahanan.

Nissan turut mendedahkan varian anjalan terbaharu dikenali sebagai Navara PRO-4X yang dijangka menarik minat penggemar trak pikap seluruh dunia.

Jentera terbaharu ini menampilkan rekaan tahan lasak dan gaya lebih berani serta lasak berbanding model terdahulu.

Trap pikap didatangkan gril interlock yang baharu dan besar menyerlahkan lagi sisi unik serta ganas jentera mendapat inspirasi Nissan Titan.

Ia turut dilengkapi lampu utama baharu berteknologi tinggi LED berbentuk C yang memberi signatur jentera Nissan apabila dilihat dari jarak jauh lagi.

Di bahagian belakang pula, ia menawarkan lampu LED dengan sentuhan krom bagi memperkasa penampilan trak pikap baharu ini.

Para pembeli akan melihat terdapat kemasan pada pemijak sisi dan bampar bahagian belakang untuk memastikan keselesaan menggunakan serta memasuki jentera.

Selain itu, ia juga menyumbang kepada prestasi aerodinamik, mengurangkan bunyi bising dan penjimatan bahan api.

Ruang dalaman pula semakin selesa dengan penggunaan insulasi penebat bunyi, cermin hadapan berlaminasi bagi mengurangkan kebisingan serta tahap tekanan kepada pemandu dan penumpang.

Paparan panel instrumen pula didatangkan skrin TFT tujuh inci dengan resolusi lebih tinggi sekali gus memberi keselesaan kepada pemandu.

Sistem infotainmen pula menggunakan teknologi Nissan Connect digabungkan skrin sentuh lapan inci dan sambungan Apple CarPlay. Ia turut dilengkapi USB dan USB-C di hadapan.

Nisaan tidak mengabaikan keselesaan penumpang belakang dengan menambah baik bahagian kusyen serta bentuk perehat belakang.

Jentera ini turut menawarkan ciri perehat tangan dengan slot barangan untuk meletakkan peranti pintar atau botol minuman.

Aspek keselamatan, Nissan Navara dilengkapi ciri standard Nissan Intelligent Mobility termasuk amaran pelanggaran hadapan (IFCW), brek kecemasan (IEB), serta sistem pemantauan keadaan sekeliling (IAVM) yang menggunakan empat unit kamera.

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada Navara baharu ini seperti amaran keluar laluan, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran tumpuan pemandu (IDA), ABS, kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan sistem Active Brake Limited Slip Differential (ABLS).

Varian baharu Nissan Navara PRO-4X pula hadir dengan rekaan tersendiri dan altetik.

Sebagai contoh penggunaan emblem Nissan, bampar hadapan, gril, handel pintu, rak bumbung dan running board mendapat sentuhan warna hitam.

Rim saiz 17 inci dibaluti tayar all terrain turut didatangkan dengan warna hitam menyerlahkan sisi rugged PRO-4X.

Bagaimanapun, Nissan tidak mendedahkan pilihan enjin yang akan ditawarkan kepada para pelanggan.

Google ads
Back to top button