Buletin

NISSAN X-TRAIL TALAAN IMPUL  

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan X-Trail Talaan IMPUL.

Nissan-X-Trail-IMPUL-mekanika (1)

Dua varian IMPUL yang ditawarkan iaitu 2.5L 4WD Premium IMPUL berharga RM172,516.42. Manakala 2.0L 2WD Premium IMPUL pada harga  RM149,715.05 (di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).

Pakej IMPUL merangkumi skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baharu, serta rim aloi IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18” bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam berkilat.

Dengan IMPUL Sports Springs, ketinggian kenderaan dapat direndahkan sebanyak 30mm. Penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED jelas melengkapkan lagi pakej tersebut.

Nissan X-Trail serba baharu menyertai model-model seperti X-Gear, Grand Livina dan Sylphy yang menerima talaan IMPUL di Malaysia.

IMPUL ialah sebuah syarikat talaan untuk kenderaan Nissan dari Jepun yang kaya dengan warisan sukan bermotor serta meningkatkan aspek estetik dan prestasi model-model Nissan menerusi aksesori yang dihasilkannya. Pencapaian sukan permotoran terkini bagi pasukan IMPUL adalah tempat kedua dalam Super GT 2015 dalam kelas GT500 dengan Calsonic IMPUL GT-R.

Pelanggan dan pemilik Nissan X-Trail sedia  juga boleh mendapatkan pakej IMPUL. Sila hubungi divisyen IMPUL di talian 03-4047 8786 atau emel ke [email protected]. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.impul.com.my.

Pakej Nissan X-Trail Talaan IMPUL Harga Alat Ganti Secara Berasingan (termasuk GST)
Aerokit (termasuk Spoiler Bampar Hadapan, Belakang dan Skirting Sisi) RM5,300
IMPUL Sports Springs RM1,060
Rim aloi 18” IMPUL Aura SX-50 18” (4 unit) RM5,830
Tayar Continental MaxContact MC5 (4 unit) RM2,756
Visor Pintu RM424
Plat Pemijak Kaki LED RM530
JUMLAH RM15,900
Google ads
Back to top button