Buletin

MITSUBISHI LANCER FACELIFT 2016

 

Mitsubishi Motors Australia baru sahaja memperkenalkan model Lancer facelift dengan penampilan lebih menarik.Mitsubishi-Lancer-facelift-2016-mekanika (7)

Lancer ditawarkan dalam tiga varian iaitu ES Sport, LS dan GSR. Model ES Sport dan LS dikuasakan oleh enjin 2.0 liter MIVEC. Sementara varian GSR yang dijana oleh enjin 2.4 liter yang lebih berkuasa, selain rim aloi 18 inci dan suspensi sports. Semua enjin itu dipadankan dengan kotak gear CVT yang telah dipertingkatkan.

Bagi pelanggan yang mahukan ciri mewah, varian LS didatangkan dengan tempat duduk dibalut kulit dan banyak lagi.   Lancer Sportback bagaimanapun tidak menerima sebarang perubahan.

Mitsubishi-Lancer-facelift-2016-mekanika (4)

“Untuk model tahun 2016, kami telah menambah ciri baharu pada varian ES Sport dan LS. Antara ciri standard pada semua varian ialah rim aloi rekaan baru, rekaan kamera undur, lampu kabus hadapan, lampu nyalaan siang (DRL) LED, digital audio broadcast (DAB) bersama enam unit pembesar suara dan skrin sentuh berwarna,” kata Pengarah Pemasaran Mitsubishi Motors Australia, Tony Principe.

Mitsubishi-Lancer-facelift-2016-mekanika (2)

Perubahan visual yang dapat dilihat ialah bampar hadapan baharu bersama rekaan gril lebih rendah, skirting sisi, kluster instrumen kontras, konsol tengah dengan kemasan hitam dan perak.

Mitsubishi-Lancer-facelift-2016-mekanika (6)

Dua warna baharu iaitu putih mutiara dan perak (Sterling Silver) turut diperkenalkan. Biarpun jumlah Lancer tidaklah sebagus Honda Civic atau Toyota Corolla, Lancer tetap mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia.

2016 Lancer GT

Masih belum dapat dipastikan sama ada model facelift ini akan mendarat di Malaysia. Kali terakhir, Mitsubishi Motors Malaysia ada menawarkan model Lancer GTE kepada pelanggannya di sini.

 

Google ads
Back to top button