Buletin

NISSAN ZEOD RC

Selepas mengambil masa selama lapan untuk proses rekan bentuk dan pembangunan, kereta elektrik revolusionari, Nissan ZEOD RC akhirnya dipamerkan di ibu pejabat Nismo di Yokohama, Jepun semalam.

ZEOD-Final-Studio-Shots- N3

Ia didedahkan oleh Presiden Nismo, Shoichi Miyatani; Pengarah Sukan Bermotor Nissan Global, Darren Cox dan Pengarah Inovasi Sukan Bermotor Nissan, Ben Bowlby.

Kereta lumba Zero Emissions on Demand ini dibangunkan selepas Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Carlos Ghosn pada Februari lalu mengumumkan hasrat Nissan untuk kembali menyertai perlumbaan Le Mans 24 Hours.

ZEOD-Final-Studio-Shots- N6

ZEOD RC akan berlumba dalam perlumbaan tersebut selepas mendapat jemputan daripada pihak Automobile Club de l’Ouest bagi kategori “Garage 56” yang mengetengahkan teknologi baharu dan inovatif.

Jentera  itu bakal digunakan sebagai ujian dalam membangunkan teknologi baharu kenderaan elektrik bagi program LM P1 Nissan. ZEOD RC menampilkanevolusi dramatik dari segi reka bentuk dan aspek aerodinamik.

ZEOD-Final-Studio-Shots- N2

Ia menjadi kereta pertama untuk berlumba di atas litar Le Mans dengan kuasa elektrik sepenuhnya. Model ini didakwa mampu mencecah kelajuan 300km/j dan lebih laju daripada kereta lumba LM GTE.

ZEOD-Final-Studio-Shots- N4

Pemandunya boleh menukar di antara kuasa elekttrik serta enjin pembakaran dalaman dengan pengecas turbo yang kecil dan ringan. Kereta yang berkongsi teknologi bateri yang sama dengan model LEAF ini akan mengecas semula baterinya menerusi proses brek janaan semula.

ZEOD-Final-Studio-Shots- N1

Orang ramai berpeluang untuk melihat Nissan ZEOD RC secara dekat di paddock Fuji sempena perlumbaan FIA World Endurance Championship pada hujung minggu ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button