Modifikasi

TOYOTA CAMRY JDM SV32

Dalam dunia ni, tempat paling seronok untuk tinggal kalau anda seorang peminat kereta tak lain tak bukan ialah Jepun. Bukan saja sebab keretanya murah,  pilihannya juga banyak.

DSC_9287

Dalam situasi tertentu, kereta spesifikasi di Jepun selalunya lebih baik daripada yang dieksport. Ia banyak melibatkan kejuruteraan domestik yang mana penyesuaian selalunya melibatkan kualiti bahan api mereka. Orang Jepun guna minyak gred RON95 sejak zaman Uji Rashid lagi. Sekarang semuanya gred RON98 dan RON100 tanpa plumbum.

Apabila soal detonasi enjin diselesaikan, kejuruteraan membenarkan enjin-enjin berkuasa seperti B16B, K20A, SR20DET menghasilkan kuasa yang betul sebagaimana yang dicetak pada risalah.

DSC_9290

Banyak lagi yang mempengaruhi aspek kereta spesifikasi domestik Jepun. Misalnya, mereka perlu buat ikut piawaian penggunaan GPS secara meluas. Di samping saiz kereta yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengkelasan bukanlah benda yang tidak bagus. Anda akan lebih faham jika tengok saiz jalan di Jepun. Toyota bukan tidak boleh buat MPV lebih besar macam  Ssyangyong Stavic atau Hyundai Starex, tetapi geografi mereka tidak membenarkan.

BACA – CAMRY WAGON TURBO JDM

BACA – CAMRY DRAG 850HP!

Honda teleh membuktikannya dengan model Odyssey JDM dengan spesifikasi Amerika yang besar serupa gajah. Inilah hakikat pasaran. Justeru, banyaklah K-Car dan tak dilupakan basikal di jalan raya Jepun.

Perjuangan industri automotif Jepun jugalah yang menghasilkan model-model unik yang kita tidak boleh beli. Biasanya pengeluar kenderaan Jepun menghasilkan kereta tersebut kerana mereka ingin tampil berbeza daripada pasaran eksport.

DSC_9289

Sejujurnya, saya tidak tahu apa rasional di sebalik begitu banyak variasi untuk sesebuah model. Sebagai contoh, Toyota Altezza. Pasaran di luar Jepun memang tidak boleh jumpa versi wagon atau hatchback. Saya sendiri pun baru tahu tentang  kewujudannya.

Balik ke tahun 1990 yang mana kita semua tidak berapa pandai tentang kereta. Tetapi kini, Wan berjaya membawa balik sebuah kereta bosan iaitu Toyota Camry. Kalau tak tengok gambar, mesti ramai yang membayangkan betapa bosannya kereta Camry dugong tahun 1990. Tunggu sekejap! Apa pasal Camry ini nampak lain sangat?

DSC_9286

Kalau nak tahu, ini merupakan model SV32 yang menggunakan chasis generasi V30 Camry spesifikasi Jepun. Kalau ikutkan pasaran, Camry ialah kereta ‘cash cow’ Toyota di Australia. Macam Vios untuk Thailand dan Indonesia.

Camry ini lain sebab ia khusus untuk pasaran Jepun. Macam mana ia boleh sampai ke Malaysia, itu cerita lain. Apa yang saya risau, sekali cermin atau lampu pecah, mana nak cari alat ganti?

DSC_9293

Jangan bimbang. Ada. Asalkan cari di tempat yang betul sebagaimana yang dimaklumkan oleh saudara Wan atau lebih terkenal dengan nama  gelaran Atuk FC. Dia memang runner Toyota yang popular satu masa dulu. Bila dah berpindah ke Pantai Timur, aktiviti itu diperlahankan, main kereta pun sudah tidak berapa bersungguh.

Menyesuaikan diri dengan kereta yang pelik macam ini memang perlu ambil masa agak lama. Cari punya cari, dapatlah juga bodykit tepi yang dibuat secara custom untuk model Camry 58 di Jepun. Panel ini direka mengikut saiz pintu dan penjuru fender. Kalau tengok sekali imbas, nampak macam ia memang sudah ada di situ.

DSC_9296

Lips hadapan yang melabuhkan keseluruhan kereta diambil daripada Harrier TRD. Kena ubah suai sikit barulah boleh masuk pada bumper kereta ini. Apabila dah padan, satu badan kereta disembur dengan warna kelabu metalik.

Enjin asal 3S-GE telah diganti dengan versi baru 3S-GE BEAMS. BEAMS adalah singkatan kepada Breakthrough Engine with Advance Mechanism System. Zaman sebelum adanya VVTi. Enjin ini biasanya dipasang pada model MR2 atau Celica S202. Atas kertas, kuasanya mencecah 200PS dan dipadankan dengan transmisi manual.

DSC_9299

Cukup dengan enjn power dan bodykit ringkas, tibalah masanya untuk memilih rim yang sesuai. Memang subjektif sungguh nak pilih rim kereta ini. Akhirnya Wan menggunakan rim Regamster 17. Kalau menyebut istilah betulnya, Marquis Promada bu Desmond. Manalaka tayarnya pula ialah Maxgrade bersaiz 215/45/17. Menambah kejituan pengendalian kereta ialah sebatang bar penstabil Spats.

Kereta ini mengunakan papan pemuka Celica ST202 bersama stereng TommiKaira. Lain-lain aksesori termasuklah sepasang kerusi Recaro, knob dan pedal Razo. Sementara pemain audio terdiri daripada pemain Fujitsuten, pembesar suara Kenwood dan sub woofer Carrozeria.
[hr] Spesifikasi

Model: Toyota Camry JDM SV32

Enjin: 3S-GE BEAMS, penapis udara HKS

Transmisi: Manual lima kelajuan

Suspensi: Tanabe Sustec

Brek: OEM

Rim: Marquis Promada by Desmond 17 inci

Tayar: Maxggrade 215/45/17

Dalaman: Recaro, papan pemuka ST202, Razo, audio Fujitsu, pembesar suara  Kenwood, sub Carrozzeria

Luaran: Kit Camry JDM58, lips depan Harrier, spoiler SV32 JDM dan warna kelabu  metalik

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button