Artikel Pilihan

NO CESI DIGANGGU ATAU DIGORES? INI YANG ANDA PERLU BUAT

Beberapa bulan lepas, penulis terpaksa menjual salah sebuah kereta atas sebab-sebab peribadi. Namun proses penjualan ini tergendala disebabkan satu masalah yang agak luar biasa. No cesi asal kereta penulis telah digores sehingga separuh no asal tidak dapat dikenalpasti dengan mudah. Buntu juga macam mana masalah ini boleh terjadi

Jadi penulis sertakan langkah demi langkah bagi menyelesaikan masalah ini sehingga berjaya. Disebabkan kekangan masa, wang serta masalah COVID 19 masalah ini mengambil masa sehingga 5 bulan untuk diselesaikan.

1. Jumpa Pegawai JPJ -untuk menyelesaikan masalah ini, penulis membuat pertemuan dengan pegawai JPJ di bahagian Kejuruteraan Automotif. Dan terima kasih atas pertolongan pegawai tersebut masalah ini berjaya diselesaikan. Penulis membawa bukti dokumen seperti salinan geran, polisi insuran serta dokumen-dokumen berkaitan bagi membuktikan ini merupakan perbuatan khianat

Ketika ini pihak JPJ akan memberikan anda satu borang maklumat untuk diisi dan diserahkan semula kepada mereka. Jika kenderaan anda pernah dicuri dan selepas dijumpai no cesi asal telah diganggu (atau digores) anda dinasihatkan untuk membuat laporan polis

2. Pemeriksaan Fizikal – pegawai JPJ telah membuat satu temujanji pada satu tarikh yang ditetapkan untuk melakukan pemeriksaan fizikal. Biasa proses ini akan dilakukan serentak dengan beberapa kenderaan lain bagi memudahkan urusan.

3. Pemeriksaan Kimia – disebabkan keputusan pemeriksaan fizikal tadi kurang memuaskan, kenderaan penulis telah diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan secara kimia (chemical test) pada satu tarikh yang ditetapkan.

4. Surat kebenaran – Selepas berpuas hati, pihak JPJ akan mengeluarkan satu surat kebenaran kepada penulis untuk membawa kenderaan penulis ke pusat servis bertauliah berdasarkan jenama kenderaan yang digunakan. Surat ini akan dibuat salinan kepada pengurus pusat servis tersebut dan satu lagi kepada pihak Puspakom

Surat ini akan menerangkan proses pemadaman secara teliti dan dimana no cesi yang asal perlu dicop semula.

5. Proses pengecopan – bergantung pada pusat servis, anda boleh membuat temujanji terlebih dahulu atau terus datang untuk melakukan proses pengecopan. Anda perlu menyerahkan satu surat”KEBENRAN MENGECOP SEMULA NO CESI ASAL KENDERAAN’ yang dibuat JPJ kepada pusat servis. Biasanya proses ini akan memakan masa sehingga seminggu

6. Pemeriksaan Puspakom – selepas selesai proses pengecopan, pusat servis akan membekalkan satu surat “PENGESAHAN DAN AKUAN MENGECOP SEMULA NOMBOR CESI” yang akan ditujukan kepada pihak JPJ. Anda perlu membuat temujanji dalam talian untuk tujuan pemeriksaan semula

Dalam urusan temujanji, klik di bahagian khas dan ia akan memberikan pelbagai pilihan tujuan pemeriksaan. Anda hanya perlu klik di bahagian “pemeriksaan no cesi”. Setelah buat bayaran RM 30, cetak temujanji untuk dibawa ke puspakom

7. Di Puspakom – anda perlu hadir di Puspakom 15 minit lebih awal dan pastikan kereta anda beratur di laluan yang ditetapkan. Pastikan anda bawa surat arahan JPJ, surat dari Pusat Servis, geran asal serta salinan temujanji yang telah dicetak. Pemeriksaan mengambil masa sejam.

Jika anda berjaya, pihak Puspakom akan mengeluarkan dokumen LAPORAN PEMERIKSAAN KHAS dengan keputusan pemeriksaan yang bercetak LULUS. Dokumen ini perlu diserahkan kepada pihak JPJ untuk semakan. Dalam kes penulis, laporan ini diambil oleh pihak pembeli kereta terpakai.

Pusat servis akan menandakan “X” pada tapak asal no cesi dan mengecop no cesi baru di lokasi yang ditetapkan oleh JPJ. Kos pengecopan ini ialah RM 1300 termasuk SST dan perlu ditanggung oleh penulis

Google ads
Back to top button