
HYUNDAI BELI FIRMA ROBOTIK, BOSTON DYNAMICS RM4.45 BILION
Seperti yang dijangka, Hyundai dan Softbank mengumumkan pembelian syarikat robotik Amerika, Boston Dynamics.
Hyundai dilapor bersetuju untuk membayar AS$1.1 bilion (RM4.45 bilion) untuk menguasai 80 peratus saham. Manakala bakinya dibiayai oleh Softbank.
Masih belum jelas apakah hasil produk daripada pembelian tersebut. Apa yang didengar setakat ini adalah Hasrat Hyundai untuk memajukan teknologi robotik dan mobiliti untuk kemakmuran manusia sejagat.
Pemilikan baharu itu membolehkan rantaian nilai robotik seperti pengilangan komponen robot dan logistik akan dibina.
Boston Dynamics terkenal di seluruh dunia apabila melancarkan Spot, robot anjing tanpa kepala yang memiliki pelbagai keupayaan mengagumkan. Harga Spot sudah menyamai sebuah Porsche iaitu sekitar AS$74,500 (RM302,000).
Ia bukanlah satu-satunya robot yang dibangunkan. Malah, Boston Dynamics kini sedang sibuk membina sebuah Humanoid Atlas yang juga tiada kepala dan lebih menakutkan.
Buat masa sekarang, Hyundai akan menggunakan teknologi yang ada untuk menghasilkan robot bagi kegunaan industri. Ia juga merancang membina robot humanoid yang berperanan menjaga pesakit di hospital.
- BACA: HYUNDAI ELANTRA MASUK PASARAN MALAYSIA. SATU VARIAN, EMPAT WARNA,HARGA BERMULA RM158,888
- BACA: SEGALANYA TENTANG TRANSMISI CVT HYUNDAI/KIA, INTELLIGENT VARIABLE TRANSMISSION.
- BACA: HONDA ROPOT BANTU KANAK-KANAK LEBIH SELAMAT DI JALAN RAYA. TEKNOLOGI ADAS, GPS DAN KAMERA
- BACA: SKYDRIVE UJI KERETA TERBANG ADA PILOT. NI BARU KERETA TERBANG