Artikel Pilihan

“OBJEK DALAM CERMIN LEBIH DEKAT BERBANDING DENGAN YANG DILIHAT PADA CERMIN SISI” – KENAPA JADI BEGINI?

Jika anda baru sahaja membeli kereta baru terutama kereta dari jenama luar yang diimport sepenuhnya atau dipasang dalam negara kita, anda akan perasan satu tulisan pada cermin sisi yang bertulis “Object in mirror Closer Than They Appear”.

Apa yang lagi pelik ialah tulisan ini hanya dipaparkan pada cermin sisi sebelah kiri atau penumpang sahaja, manakala cermin sisi di sebelah pemandu pula tidak memaoarkan apa-apa tulisan atau amaran.

Tulisan amaran ini dipaparkan pada kenderaan buatan Amerika, Kanada, Eropah dan juga Korea Selatan. Jika anda melihat objek yang dipaparkan pada cermin sisi sebelah kiri dan membandingkan dengan objek yang sama dipaparkan pada cermin pandang belakang, maka anda akan melihat perbezaan imej yang dihasilkan.

Imej yang dihasilkan pada cermin sisi kelihatan lebih jauh berbanding dengan imej pada cermin pandang belakang yang kelihatan lebih dekat. Keadaan ini menyebabkan pengeluar kenderaan meletakkan amaran seperti yang tertera di atas.

Tulisan amaran ini diletakkan sebagai amaran, dari perspektif pengeluar ia merupakan satu kenyataan amaran dan tanggungjawab untuk mengingatkan pengguna. Perbezaan jarak imej ini boleh menyebabkan pemandu terlibat dalam kemalangan terutama dalam kemalangan yang membabitkan insiden titik buta.

Rekaan cermin sisi ini bukanlah satu kecacatan rekaan, sebaliknya ia merupakan kompromi rekaan cermin sisi dalam usaha mengurangkan risiko titik buta pada bahagian kiri kenderaan. Cermin sisi di bahagian kiri atau di sebelah penumpang direka dengan bentuk “convex”

Anda boleh bayangkan bentuk convex ini seperti bentuk mangkuk yang diterbalikkan dan melengkung ke arah luar kenderaan. Bagi cermin sisi di sebelah pemandu pula, ia direka dengan menggunakan cermin yang rata. Jadi cermin sisi di sebelah pemandu tiada masalah dan tidak diberikan kenyataan keselamatan seperti di sebelah kiri.

Disebabkan fungsi cermin convex ini adalah untuk mengurangkan titik buta, maka ia akan merubah sifat cahaya bergerak jauh sedikit dan memaparkan seolah-olah imej yang terhasil adalah lebih jauh daripada yang sepatutnya

Keadaan ini menyebabkan imej yang terhasil adalah kecil, dan otak manusia mentafsirkan jarak objek dengan kereta adalah jauh disebabkan saiz imej yang terhasil. Jadi tulisan amaran ini perlu dinyatakan untuk mengingatkan pemandu.

Bagi negara Amerika, peraturan jalan raya di sana menyatakan semua kereta yang dijual disana perlu menggunakan 2 jenis cermin sisi. Cermin sisi pemandu menggunakan cermin rata manakala cermin sisi penumpang menggunakan cermin convex.

Bagi sesetengah negara Eropah pula, mereka mewajibkan penggunaan cermin convex pada bahagian kiri dan kanan kereta. Namun tak semua pengguna sukakan rekaan cermin convex ini kerana pada sestengah pemandu, ia akan menyebabkan mereka menjadi pening kepala

Pada masa akan datang, pengeluar mula mengkaji beberapa rekaan baru termasuklah menggunakan “mirror camera” yang direka untuk memaparkan objek dengan jarak leboh tepat tapi pada masa sama menghapuskan masalah titik buta. Malah rekaannya juga lebih aerodinamik bagi mengurangkan penggunaan bahan api atau tenaga

Google ads
Back to top button