
OFF THE GRID 2024 DEBUT DENGAN 30,000 PENGUNJUNG
Walaupun kali pertama dianjurkan secara berasingan dari Art Of Speed (AOS), Off The Grid 2024 telah berlangsung dengan jayanya apabila berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung dalam acara yang berlangsung selama tiga hari itu.

Untuk rekod, Off The Grid merupakan acara yang sebelum ini tersenarai antara program AOS 2023 namun bagi tahun 2024 berlangsung secara sendiri selepas mendapati terdapat permintaan besar dikalangan peminat ‘outdoor’ di Malaysia.

Selain mempromosikan hobi termasuk aktiviti perkemahan, OTG 2024 turut menyaksikan penyertaan pelbagai aktiviti lain termasuk Brew Festa, BBQ Showdown, Makers Jambore, Strider Cup dan pameran dan jualan barangan outdoor dan khemah.

Menariknya, OTG 2024 turut melangsungkan pertandingan gerai terbaik untuk kesemua vendor yang menyaksikan Montanic Adventure Store muncul juara sementera Eiger Adventure menang Paparan Terbaik.

Menurut penganjur, pemenang dua kategori ini akan ke Nagoya, Jepun pada 18 dan 19 Mei bagi menyertai Fieldstyle Jambore 2024.
Dalam pada itu, pengasas AOS, Asep Ahmad Iskandar walaupun OTG 2024 telah diadakan secara berasingan tahun ini namun konsep itu akan tetap diteruskan di Art Of Speed 2024 yang akan berlangsung sekitar Julai tahun ini.