
ROYAL ENFIELD SCRAM 650 HAMPIRI PELANCARAN
Royal Enfield bakal memperkembangkan tawaran model 650cc dengan Scram the 650 tahun ini.
Motosikal tersebut telah pun kelihatan menjalani beberapa sesi ujian jalan raya di India dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Untuk rekod, Scram 650 bernadikan enjin sama yang terdapat pada Interceptor 650, Continental GT 650 dan Super Meteor 650 sekaligus menawarkan 47hp dan 52Nm.

Bagaimanapun, Scram 650 berkongsi kebanyakan kelengkapan sama dengan Super Meteor 650 termasuk pencahayaan LED, panel meter baharu (diambil dari Himalayan 450). Selain itu turut kelihatan rim 19-inci depan dan 17-inci belakang serta fork USD yang lebih panjang.
Buat masa ini, tiada info lebih terperinci didedahkan bagi Scram 650 ini termasuk tarikh pelancaran sebenar namun segalanya akan terjawab tidak lama lagi.