Buletin

SUPERCAR YANGWANG U9 JANA 1,287HP, JARAK GERAK 465KM, HARGA BERMULA RM1.12 JUTA

Pesaing kepada sedan Lotus Emeya Geely dan Hyper SSR GAC Aion, YangWang U9 baru-baru ini dilancarkan di China dengan tanda harga bermula AS$236,000 (RM1,127,254).

Supercar serba elektrik itu dibina berdasarkan platform e4 dan dilengkapi sistem suspensi Disus X BYD selain, boleh memecut dari 0-100 km/j dalam 2.36 saat menerusi empat motor elektrik dengan jumlah output 1,287hp dan tork 1,680 Nm.

Menariknya, tidak seperti kereta mewah lain, kereta itu tidak dilengkapi dengan bateri kimia NCM tetapi mempunyai pek bateri lithium iron phosphate (LFP) Blade BYD.

Bateri LFP tersebut mempunyai kapasiti 80kWj, menawarkan jarak gerak sejauh 465km mengikut kitaran CLTC.

Model U9 menampilkan seni bina 800V dan boleh mengecas dari 30% hingga 80% dalam masa 10 minit sahaja melalui pengecasan dual-plug pada kapasiti sehingga 500kW, ​​sama seperti model Denza D9 atau N7 walaupun mencetuskan beberapa kontroversi mengenai pendudukan stesen pengecasan.

Seperti abangnya, U8, U9 juga boleh melakukan tank turn. Ia tidak mempunyai lidar, tetapi dilengkapi DiPilot ADAS (sistem bantuan pemandu lanjutan), merangkumi pembantu tempat letak kereta autonomi.

Bahagian dalamannya agak membosankan, di mana hampir terlalu banyak ‘itu-ini’ di hadapan dan belakang, terutamanya tiga skrin LCD berukuran 10.25-inci serta 12.3-inci yang kelihatan seperti sesuatu dari tahun 2010-an.

Perincian lain termasuklah stereng tiga jejari agak besar, seperti yang sepatutnya ada di dalam supercar, mempunyai banyak butang fizikal dan sistem kokpit dipanggil DiLink, dikuasakan oleh cip 5G dan 4nm.

Kelengkapan lain disertakan adalah seperti sistem audio Dynaudio Evidence dan sistem pencahayaan ambien dengan 127 pilihan warna

Tiada maklumat mengenai bila penghantaran bermula, tetapi CarNewsChina menjangkakan ia akan dilakukan pada pertengahan 2024.

Prapesanan bermula hari ini dan pelanggan yang ingin membeli U9 mesti membayar deposit 300,000 yuan (RM199,117).

Selain itu, BYD turut menawarkan waranti selama 6 tahun atau 150,000km.

Google ads
Back to top button