
OLIVER SOLBERG AKAN MEMANDU SEMULA JENTERA RALLY1. SEBASTIEN OGIER PULA AKAN BERAKSI DI FINLAND SEBAGAI PUSINGAN TAMBAHAN
Pemandu muda sensasi dalam kelas WRC2 perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC), Oliver Solberg telah mengesahkan akhirnya bahawa beliau akan kembali memandu jentera utama dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 bersama pasukan Toyota Gazoo Racing.
Oliver Solberg yang berusia 23 tahun adalah merupakan pendahulu kelas WRC2 selepas beraksi cemerlang dengan mendominasi perlumbaan di Greece pada perlumbaan sebelumnya akan bakal kembali beraksi di pentas utama WRC secara sekali sahaja bersama pasukan Toyota Gazoo Racing di perlumbaan Delfi Rally Estonia pada 17 – 20 Julai nanti.

Untuk rekod, ini bakal menjadi aksi pertama buat Oliver Solberg kembali memandu jentera Rally1 selepas berpisah dengan pasukan utama Hyundai Motorsport pada penghujung tahun 2022.
Oliver Solberg yang juga merupakan pemandu pilihan selepas mempamerkan keputusan yang cemerlang dalam kelas WRC2 2025 setakat dengan kejayaan yang diraih di Sweden, Portugal dan juga Greece. Kini beliau akan membuat persiapan untuk kembali ke kategori utama dengan jentera yang lebih laju serta lokasi perlumbaan yang paling dinantikan di Estonia kelak.
Setelah mempamerkan prestasi yang menakjubkan setakat ini, sudah tentu Oliver Solberg bersama Juruarah Elliott Edmondson sudah cukup bersedia dan yakin. Yang pasti beliau mahu menikmati serta memperoleh pengalaman yang berguna tentang Toyota GR Yaris Rally1 nanti.

Sementara itu pemandu lagenda Sebastien Ogier telah mengesahkan juga bahawa beliau akan turut beraksi di Secto Rally Finland pada penghujung bulan Julai nanti.
Untuk rekod, beraksi di Finland musim ini tidak berada dalam perancangan asal namun beliau khabarnya teringat – ingat akan aksi kemenangan beliau di Finland musim lepas.
Dan Sebastien Ogier telah menyatakan hasrat untuk kembali beraksi di Finland hujung bulan ini bagi mengulanginya semula dan beliau telah mula membuat persiapan awal empat minggu dari sekarang untuk beraksi.
Mungkinkah juga ini sebahagian daripada rancangan secara tidak langsung buat Sebastien Ogier kembali mencabar kejuaraan buat kali kesembilan?
Kredit Foto : WRC
BACA : OLIVER SOLBERG AKAN MEMANDU TOYOTA GR YARIS RALLY2 MUSIM HADAPAN
BACA : TOYOTA GR YARIS SÉBASTIEN OGIER DAN ROVANPERÄ EDITION, 100 BUAH SETIAP SATU!

