Buletin

TQ WULING BINGO EV BAKAL DILANCARKAN AKHIR TAHUN INI – PRATONTON AWAM BERMULA JULAI 2025

Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) menerusi anak syarikatnya, TQ Manufacturing (TQ), memperkenalkan kenderaan elektrik pertamanya, TQ WULING Bingo, kepada orang ramai melalui siri jelajah #HelloTQWBingo yang akan berlangsung di pelbagai lokasi seluruh negara bermula bulan ini.

Model hatchback elektrik sepenuhnya ini merupakan hasil kerjasama antara TCMH dan SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling), yang kini beroperasi di bawah jenama bersama TQ WULING.

Usaha ini menggabungkan kekuatan TCMH dalam pemasangan dan pengedaran automotif tempatan dengan kepakaran SGM Wuling dalam teknologi EV, bagi menawarkan produk mampu milik, praktikal serta menarik kepada pasaran Malaysia.

Menjelang pelancaran rasminya yang dijadualkan pada suku keempat 2025, model TQ WULING Bingo boleh dilihat secara langsung di beberapa lokasi termasuk:

Para pengunjung dijemput untuk mendekati model ini, menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan membawa pulang hadiah eksklusif di lokasi-lokasi terpilih.

TQ WULING Bingo tampil sebagai pilihan ideal bagi mereka yang mencari EV pertama dan mesra dompet. Dengan harga sasaran di bawah RM100,000, model 5 pintu ini menggabungkan rekaan retro-moden, fungsi pintar, serta kecekapan pemanduan bandar.

Dari segi rekaan, Bingo memikat dengan bentuk aerodinamik, warna pastel menarik dan kombinasi dua tona yang menyerlah. Gaya luaran yang menawan ini bukan sahaja meningkatkan rupa parasnya, malah membantu dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan bunyi angin semasa pemanduan.

Menariknya, model ini akan dipasang secara tempatan di fasiliti TCMH yang mempunyai lebih tujuh dekad pengalaman dalam pengeluaran automotif dan telah menghasilkan lebih satu juta unit kenderaan.

Selain itu, kilang ini juga mematuhi piawaian antarabangsa serta diiktiraf sebagai antara yang terbaik di negara ini.

Dari pihak SGM Wuling pula, mereka membawa pengalaman luas dalam pembangunan EV dengan lebih 2 juta unit telah dijual di peringkat global.

Bateri MAGIC EV yang digunakan dalam Bingo direka dengan piawaian keselamatan tinggi, disahkan IP67 bagi ketahanan terhadap air dan habuk, sekaligus memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna.

Untuk maklumat lanjut tentang siri jelajah atau model TQ WULING Bingo, sila layari www.tqwuling.my

Google ads
Back to top button