Artikel Pilihan

DEDICATED HYBRID TRANSMISSION. INI SISTEM HIBRID PINTAR & CERDIK

Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis ketika GWM Haval H6 dilancarkan ialah sistem trenkuasa yang ditawarkan iaitu DHT atau nama panjangnya Dedicated Hybrid Transmission. Jika dibandingkan dengan pengeluar lain, namanya kedengaran unik dan ia hanya digunakan oleh kumpulan GWM menerusi model Haval H6, Jolion Hybrid, dan Wey Coffee 01 sahaja

Berbeza dengan pengeluar lain DHT ini bukanlah CVT, atau sistem gear dual-clutch, mahupun torque converter auto biasa. Ia adalah transmisi khas yang dibina daripada awal untuk sistem hibrid bagi kegunaan kenderaan Great Wall Motor

DHT merupakan transmisi modular khas untuk kenderaan hibrid yang dibina dari kosong untuk memaksimakan kecekapan penggnaan bahan api namun pada masa yang sama menawarkan prestasi tinggi dalam sistem hibrid.

DHT merupakan satu sistem trenkuasa yang menggabungkan enjin petrol 4 silinder, 2 motor elektrik dan juga satu sistem bateri hibrid dan juga sistem transmisi 2 kelajuan (disusun secara planetary) yang dikawal secara elektronik. Semua komponen ini dipakejkan dalam satu casing housing yang sangat kompak

Ciri Unik Dedicated Hybrid Transmission

1. Ada 2 motor elektrik – satu motor digunakan sebagai pacuan kenderaan (traction motor) manakala satu lagi motor digunakan untuk mengecaj bateri sistem hibrid. Ia adalah konsep yang sama dengan Toyota Hybrid System namun dengan susunan mekanikal yang berbeza

2. Enjin 1.5 Turbo – bagi varian HEV, ia akan diberikan dengan enjin 1500cc 4 silinder turbo yang menjana sekitar 147PS dan 230Nm tork. Bagi unit motor elektrik, ia akan menjana sekitar 175 kuasa kuda dan 300Nm tork. Namun gabungan enjin dan motor elektrik ini boleh menjana sehingga 243PS dan 530Nm tork

3. Tiada gear konvensional tapi ada klac – DHT menggunakan 2 gear ratio yang dipanggil sebagai 2 Speed DHT atau MultiMode DHT. Gear Pertama digunakan untuk kelajuan rendah atau memecut manakala gear Kedua digunakan pada halaju tinggi ataupun cruising. Proses pertukaran gear berlaku dengan sangat lancar dan langsung tidak dapat dikesan

Bagi operasi penukaran gear Pertama dan Kedua, ia diuruskan oleh sistem Klac dan Modul Kawalan. Unit ini juga bertindak untuk mengintegrasikan operasi enjin dalam operasi kenderaan apabila perlu terutama dalam mode hibrid

Salah satu ciri unik DHT ialah ia menawarkan 2 gear bagi mengotimumkan kecekapan motor elektrik dan enjin petrol pada kelajuan berbeza. Gear Pertama membantu pecutan dan tork yang tinggi manakala gear Kedua dignakan untuk kecekapan tenaga

Namun ketika dipandu pada halaju di bawah 80km/jam, GWM Haval H6 yang digerakkan oleh motor elektrik dan bateri sahaja. Enjin pula boleh beroperasi dengan motor elektrik secara parallel atau secara series. Jadi sistem DHT ini boleh menawarkan 5 mode pemanduan yang berbeza. Antaranya ialah:

  1. EV Mode – Hanya menggunakan motor elektrik, sesuai untuk trafik perlahan atau merayap dalam kesesakan jalan raya
  2. Series Hybrid Mode – Enjin dihidupkan tetapi hanya digunakan untuk menjana kuasa untuk tujuan pengecasan bateri. Kereta masih bergerak menggunakan motor elektrik.
  3. Parallel Hybrid Mode – Enjin dan motor sama-sama membantu mengerakkan roda.
  4. Engine Only Drive – Apbila dipandu laju, enjin akan dkunci terus ke roda untuk kecekapan yang lebih baik
  5. Regenerative Braking – Caj balik bateri masa brek dengan menukar tenaga kinetik menjadi tenaga elektrik
Google ads
Back to top button