Buletin

BHPETROL RAI 30 PEMENANG DALAM KEMPEN ‘ISI MINYAK & BELI, MENANG BERGAYA’

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) baru-baru ini meraikan kejayaan 30 pemenang bertuah dalam satu majlis penyampaian hadiah eksklusif sempena kempen ‘Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya’ yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Kempen ini telah dijalankan dari 1 Mac hingga 30 April 2025 di semua stesen BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 dalam satu transaksi, sama ada untuk mengisi minyak atau membeli barangan runcit  dan menggunakan kad keahlian BHPetrol eCard bagi melayakkan diri secara automatik untuk menyertai cabutan hadiah.

Sebanyak RM200,000 nilai hadiah telah diagihkan, melibatkan pelbagai ganjaran menarik seperti:

  • Hadiah Utama: Sebuah Perodua Alza
  • Hadiah Kedua: Sebuah Perodua Axia
  • Hadiah Ketiga: Dua buah motosikal
  • Hadiah Keempat: Wang tunai RM5,000 dan Baucar BHPetrol RM1,000 (untuk tiga pemenang)
  • Hadiah Kelima: Wang tunai RM3,000 dan Baucar BHPetrol RM1,000 (untuk tiga pemenang)
  • Hadiah Saguhati: Wang tunai RM1,000 dan Baucar BHPetrol RM1,000 (untuk 20 pemenang)

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad, menyatakan bahawa kempen ini mendapat sambutan luar biasa daripada para pelanggan dan berjaya meningkatkan trafik pembelian di stesen-stesen BHPetrol.

“Melalui kempen ini, kami bukan sahaja dapat menghargai pelanggan setia, tetapi turut menarik minat pengguna baharu. Kami percaya hadiah yang dimenangi mampu memberi nilai tambah dalam kehidupan harian para pemenang,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan niaga atas sokongan padu dalam menjayakan kempen ini.

Sebagai syarikat milik penuh LTAT, BHPetrol komited untuk terus memperkenalkan lebih banyak promosi yang memberi manfaat kepada pengguna.

Majlis yang berlangsung turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Alif Satar & The Locos, sekali gus menceriakan suasana buat para pemenang dan keluarga yang hadir.

Google ads
Back to top button