
ONERIDE TAWAR BEKAS KUNCI KROM UNTUK HONDA VARIO 150. HANYA RM22 SEUNIT, CANTIK, TAHAN LASAK!
Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang bekas kunci krom (Chrome Ultimate Key Cover) daripada ONERIDE Malaysia.
Tetapi, bekas kunci itu khas untuk model-model Yamaha seperti Yamaha X-MAX 250, NVX 155, Aerox 155 dan Y16ZR.
Jadi, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan model motosikal lain? Jangan risau, kerana ONERIDE Malaysia kini menawarkan bekas kunci krom untuk pemilik jentera Honda Vario 150.

Apa yang bagus tentang bekas kunci ini ialah dapat melindungi kunci remote asal daripada rosak, lusuh dan terkena air. Senang cakap, bekas kunci krom itu tiga kali lebih tahan lasak dan mesra alam berbanding bekas kunci asal.
Hadir dalam lima warna menarik iaitu ungu, merah, biru, merah jambu dan perak, ia ditawarkan pada harga cuma RM22 seunit. Anda boleh memilih mana-mana warna yang sesuai dengan personaliti anda dan menjadi pemilik bekas kunci krom yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Kalau nak tahu, ONERIDE Malaysia menyatakan harga yang ditawarkan itu adalah telus. Maksudnya, daripada kos RM22 itu, RM3 melibatkan harga pembungkusan, RM6 ialah kos material TPU dan proses electroplating. Manakala kos pengangkutan serta untung kasar ialah RM4 dan RM3 sahaja.

Bekas kunci ini menggunakan material krom TPU dan 100 peratus padan dengan kunci motosikal. Ia juga dijamin tahan lasak, kalis air dan tidak mudah terhakis.
Hanya setebal 0.8mm, bekas kunci itu lembut, mudah dipasang dan selesa untuk dipegang. Jadi, taklah atau rasa besar sangat apabila diletakkan di dalam poket seluar.
Jika anda membelinya, anda akan akan menerima hadiah premium bernilai RM25 yang terdiri daripada satu beg bertali dan span membasuh motosikal.
Berminat? Anda sudah boleh membuat pra-tempahan di Shopee Store ONERIDE Malaysia di pautan ini: https://bit.ly/3mnLyUx
GALERI