Motosikal

HONDA VARIO 125 LEBIH SEGAR DENGAN EMPAT WARNA BAHARU – RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) mengemaskini skuter kompak popular, Vario 125 dengan empat pilihan warna baharu bagi 2024. 

Empat warna baharu itu terdiri dari Magenta, Black, Silver dan Red dengan masing-masing boleh didapati dengan harga jualan RM7,268 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). 

Bagaimanapun, perincian lain kekal sama antaranya:

  • Combi Brake System (CBS)
  • port pengecas USB
  • lampu LED penuh
  • storan 18L
  • Idling Stop System
  • Parking Brake Lock
  • cangkuk gantung teh ais ikat tepi

Sementara itu, Vario 125 terus dikuasakan enjin satu silinder 125cc dengan teknologi eSP yang berupaya menjana 11.5hp pada 8,500rpm dan 11.7Nm pada 5,000. Skuter ini juga berjaya mencapai penarafan 3-bintang oleh MyMAP (Program Penilaian Motosikal Malaysia). 

Dalam pada itu, setiap pembelian Honda Vario 125 turut disertakan dengan waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dulu). 

GALERI: HONDA VARIO 125

Google ads
Back to top button