Motosikal

TIDAK KU SANGKA HONDA PCX150 PUN ADA JUAL DI AMERIKA!

Pasaran Amerika Syarikat dipenuhi dengan kenderaan yang canggih, moden dan hebat. Dari kenderaan hidrogen sampai kenderaan autonomi semuanya ada di sana. Salah satu faktor kenapa pasaran AS diisi dengan beraneka teknologi ialah kerana polisi kerajaan dan keterbukaan rakyatnya.

Bukan senang hendak jual kereta kuasa bateri dan mendapat sambutan. Tetapi di AS anda boleh melakukannya jadi tidak hairanlah Tesla yang berusia setahun jagung menerima sambutan hangat.

Walaupun terisi dengan kenderaan canggih dan berinovasi tinggi tahukah anda di sana juga terdapat skuter kecil Honda PCX150?

Sungguh tidak disangka tetapi itulah yang dijual oleh American Honda Motor Co., Inc. 

Seperti juga di negara ASEAN, Honda PCX150 disasarkan untuk penggunaan harian dan model 2019 ini dilancarkan beberapa bulan selepas penawaran di Indonesia.

Honda PCX150 Indonesia

Model baharu ini didatangkan dengan rangka baharu, intake dan sistem yang ditambah baik serta beberapa perubahan lain seperti pilihan ABS.

Dari gambar yang diberikan, reka bentuk PCX150 USDM nampak sama sahaja dengan PCX150 IDM (Indonesia Domestic Model) iaitu lampu LED, tayar depan saiz 100/80-14 dan tayar belakang saiz 120/70-14.

Cuma pilihan warna tidak semeriah PCX150 IDM dengan empat pilihan warna berbanding PCX150 USDM dengan warna tunggal Bright Bronze Metallic.

Harganya Honda PCX150 ialah AS 3,999 atau bersamaan RM 15,519.95 untuk model ABS dan AS 3,699 atau RM 14,355.66.

Di Indonesia Honda PCX150 ditawarkan pada harga Rp 27,700,000 atau RM 7,926 untuk model ABS dan Rp 30,700,000 atau RM 8,781 untuk model ABS.

Maknanya Honda PCX150 jauh lebih murah di Indonesia berbanding di Malaysia dan Amerika Syarikat.

BACA: HONDA PCX125 2018 DIPERKENALKAN DI EROPAH – 1 TANGKI BOLEH JALAN 400km!

BACA: HONDA PCX 150 2018 SPEK INDO – RM 7.9K DAN YANG INI GUNA SET EKZOS OEM

 

Google ads
Back to top button