Motosikal

HONDA PERKENAL PCX150 2020 DI THAILAND. 4 PILIHAN WARNA, ADA WELCOME LIGHT

Honda baru sahaja memperkenalkan skuter maxi popularnya, PCX150 2020 di pasaran Thailand. Bagi membezakannya dengan model tahun 2019, skuter itu tampil dengan ampat warna baharu. 

Antara yang paling menyerlah ialah warna hitam dengan kemasan merah pada bahagian hadapan dan konsol tengah. PCX150 juga ditawarkan dalam warna putih, merah dan kelabu bersama rim berwarna emas. 

Dari segi rekaan luaran, jentera itu meneruskan gayaan futuristik dengan sepasang lampu LED dan garis badan yang tajam.

Ia juga mengekalkan ciri-ciri penting seperti sistem kunci pintar Honda Smart Controller. Kunci itu berfungsi untuk menghidupkan enjin, selain membuka ruang kargo di bawah tempat duduk dan tangki minyak. 

PCX150 2020 juga dipsang dengan satu skot mengecaj USB, kluster instruen digital sepenuhnya dan welcome light, macam yang ada pada banyak kereta moden. 

Skuter itu terus menggunakan khidmat enjin bersesaran 149cc dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 13.3hp dan tork 14Nm. Kuasa dihantar ke roda belakang menerusi kotak gear CVT dan final belt drive. 

Ia dijangka mula dijual di Thailand dalam beberapa minggu lagi.   

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button