Buletin

OPEL ASTRA GSE – PILIHAN HATCHBACK ATAU WAGON, 222 HP, 360 NM

Pasaran wagon semakin mengecil, namun ia tidak menghalang Opel daripada terus melancarkan model Astra GSe yang boleh didapati dalam versi hatchback dan juga wagon Sports Tourer.

Astra GSe merupakan trim yang paling sporti ditawarkan untuk model generasi keenam itu, di mana ia membawakan ciri seperti talaan casis, serta penawaran trenkuasa plug-in hybrid yang sama digunakan pada model Peugeot 308.

Dari segi kuasa, Astra GSe membawakan enjin 1.6 liter turbo PureTech (177 hp) digandingkan dengan motor elektrik tunggal (109 hp) dan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Kuasa keseluruhan adalah setinggi 222 hp dan 360 Nm yang memacu roda hadapan sahaja.

Selain daripada penampilan yang sporti seperti rim aloi ringan bersaiz 18 inci beserta logo GSe, tempat duduk jenis bucket dan kokpit digital Pure Panel, Astra GSe turut membawakan talaan casis yang sporti dengan suspensi 10 mm lebih rendah, sistem stereng yang ditala semula dan tetapan ESP unik.

Opel setakat ini tidak mendedahkan perincian seperti prestasi serta harga jualan yang bakal ditawarkan, namun dengan sifat sporti yang datang terus dari kilang, harga yang diminta mungkin tidak akan semurah yang disangka.

Google ads
Back to top button