Buletin

OUTLANDER KINI DI PUSAT JUALAN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar jenama Mitsubishi di Malaysia telah rasmi melancarkan Outlander ke pasaran tempatan.

All-New Outlander Launched in Malaysia-mekanika (1)

Model SUV (kenderaan utility sport) tujuh kerusi itu sudah tiba di pusat jualan Mitsubishi seluruh Malaysia.   Outlander didatangkan dengan harga pengenalan eksklusif atas jalan RM 166,720 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM 168,488.40 seunit (Timur Malaysia). Namun, harga berkenaan bagi kenderaan yang ditempah dan didaftarkan sebelum 31 Mei 2016.

Diimport (CBU) terus dari Jepun, Outlander dilengkapi enjin 2.4 liter MIVEC. Enjin itu berupaya menghasilkan kuasa 167PS @ 6,000 rpm dan tork 222Nm @ 4,100 rpm.

Untuk melihat Outlander dengan lebih dekat,  Mitsubishi mempamerkan ia di pusat membeli belah Mid Valley Megamall, Centre Court bermula 20 sehingga 24 April ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Outlander, klik di sini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button