Motosikal

MODENAS BAWA MASUK KYMCO DAN BAJAJ?

Kali terakhir Modenas menggegarkan pasaran tempatan ialah pada September lalu, menerusi pengenalan model CT115S. Itupun setelah sekian lama vakum dalam pasaran.

TUNGGANG UJI MODENAS CT115!

Tanpa sambutan hangat, CT115S kembali menyepi dalam pasaran. Sesepi jenama Modenas itu sendiri. Sehingga kini masih tiada khabar tentang pelancaran model baharu dari pengeluar motosikal tempatan itu.

Bagaimanapun, berita yang diterima oleh Mekanika, Modenas sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pengeluar skuter Taiwan, Kymco.

kymco-mekanika

Berdasarkan sumber, difahamkan Modenas akan melakukan rebadged bagi model-model Kymco di bawah 250cc ke pasaran tempatan. Sementara produk 250cc ke atas akan mengekalkan lencana Kymco.

Usahasama  itu menjadikan Modenas sebagai pengedar rasmi jenama Kymco di pasaran tempatan. Situasi tersebut seolah-olah menggambarkan Kymco telah bercerai talak satu dengan pengedar jenama berkenaan sebelum ini.

kymco-mekanika

Lebih menarik, Modenas turut menjalin kerjasama dengan pengeluar motosikal India, Bajaj sekitar Mac lalu.

Kolaborasi itu membolehkan Modenas meluaskan rangkaian tawaran produknya ke pasaran Malaysia.

bajaj-pulsar-mekanika

Jika diamati, tawaran produk Bajaj akan merangkumi model-model naked, sporbike dan café racer. Pastinya, tawaran harga akan menjadi lebih menarik dan berpatutan. Produk streetbike mereka juga boleh tahan.

Bagaimanapun, difahamkan produk Bajaj hanya akan menjengah pasaran tempatan sekitar tahun hadapan.

pulsar-200ns-blue-big2mekanika

Sejauh manakah percaturan ini akan berjaya? Sama-sama kita nantikan.

Nota kaki: Admin masih menanti moped 150cc dari Modenas. Kalau dilihat pada lakaran, orang kata mengiurkan. Tetapi kerana menggunakan enjin baharu, khabarnya pengenalan model itu terpaksa ditangguh. Kerana produk itu belum siap sepenuhnya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button