Buletin

PERODUA EKSPORT ALZA & MYVI KE BRUNEI

Dalam usaha mengukuhkan lagi portfolionya, Perodua mengeksport 310 unit Myvi 1.5SE dan Alza 1.5SE ke Brunei tahun ini.

perodua-eksport-myvi-alza-ke- brunei-mekanika (1)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu ia merupakan langkah besar Perodua dalam mengukuhkan kehadiran jenama itu di rantau berkenaan.

“Kami  berusaha untuk menjadi pemain penting dalam pasaran kereta Asean pada tahun-tahun akan datang. Kami percaya wujud permintaan terhadap model ini di Brunei erikutan segmen kompak yang semakin berkembang,” katanya.

VARIAN BAHARU ALZA & MYVI

Populasi Brunei ialah seramai 417,784 orang dengan jumlah volum industri 14,243 kenderaan pada 2015. Perodua mula mengeksport model Kancil ke Brunei pada tahun 1996 dan telah mengeksport 2,300 kenderaan sehingga penghujung 2015.

Selain Brunei, Perodua turut mengeksport modelnya ke Singapura, Mauritius,  Sri Lanka dan Fiji. Tidak ketinggalan, Myvi turut dieksport ke Indonesia sebagai Daihatsu Sirion.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button