
Artikel PilihanBuletin
PAGANI ZONDA REVOLUCION – DARI KILANG TERUS KE LITAR PERLUMBAAN
Digelar ‘Black Minion’, Zonda ini bukan hanya kelihatan hebat, tetapi bunyinya bak halilintar membelah bumi.
Revolucion ini asasnya ialah model Zonda R terakhir. Ia adalah satu-satunya hypercar yang hanya mempunyai berat lebih sedikit dari 1,000kg (2,205 paun). Ia dibina dari kerangka monocoque yang diperbuat daripada karbon-titanium dan DRS (Sistem Pengurangan Seretan) pada sayap belakang.
Dengan kuasa enijn setinggi 789 HP (800 PS / 589 kW) dan tork 730 Nm yang dihasilkan oleh V12 6.0 liter.
Kuasa dipindahkan ke transmisi kotak gear berkala enam kelajuan. Ia memerlukan hanya 2.6 saat memecut dari 0- 62 mph (0-100 km / j) dan pecutan maksima melebihi 350 km / j.








