Artikel PilihanBuletin

GARAJ TERMAHAL DI DUNIA. ADA MCLAREN, BUGATTI, KOENIGSEGG, PAGANI…

Pernah bayangkan sebuah garaj dengan penuh kereta-kereta eksotik hypercar paling rare, paling mahal dan paling limited? Bagaimana rasanya jadi pengumpul tegar misalnya?

Inilah yang dilakukan oleh usahawan hartanah di Amerika Syarikat. Manny Khoshbin pemilik syarikat hartanah Khoshbin Company memang ada citarasa terhadap kereta dan beliau ilhamkannya dalam garaj di kediamannya.

Melihat Koenigsegg, Bugatti, Pagani, McLaren dalam satu garaj mungkin benda yang asing kerana kebiasaannya, peminat akan kumpul satu jenama atau model sahaja.

Contohnya Abang Japar yang bermula mengumpul model Skyline.

Kemudian EX90, DTM200 DRZX, KTM tiruan dan Panigale acah-acah.

BACA: PAGANI HUAYRA ULTIMO, PENGARUH PETRONAS

Semuanya keluaran Demak motor yang bakal menjadi rare sebab Demak dah bungkus.

Baiklah. Bagi Manny Khoshbin, beliau bukan sahaja dapat miliki kereta yang eksotik dan mahal, malah varian yang dibeli bukanlah jenis yang biasa-biasa ada jual kat showroom.

Misalnya, Koenigsegg Agera RS yang beliau ada adalah versi Phoenix. Ada garis emas 24 karat dengan badan gentian karbon.

Mazda CX30

Pagani Huayra? Ya. Tapi Manny Khoshbin ada versi Hermès. Ia adalah model khas edisi kerjasama Pagani dan pereka fesyen terkenal Itali, Hermès. Tengok sahaja bahagian kabinnya lengkap dengan salutan kulit mewah.  

Kesimpulannya

Seronok jadi orang kaya kan?

Tags
Google ads
Back to top button