Buletin

PARTISAN ONE – JENTERA PERANG PALING SEMPOI, BOLEH PASANG MACAM PERABOT IKEA

Bercakap tentang ketenteraan, bentuk dan fungsi menjadi keutamaan dalam setiap perkara.

Jadi, kenderaan yang direka untuk kegunaan pasukan tentera mestilah dapat menjalankan tugasnya dengan baik, walaupun rupanya mungkin biasa-biasa sahaja. Tengok sahaja kepada Hummer yang kini dihasilkan oleh syarikat AM General.

Jentara yang anda lihat ini ialah Partisan One. Ia merupakan produk pertama yang dihasilkan ileh sebuah syarikat startup berpangkalan di Jerman. Bermatlamat untuk memudahkan aspek pengangkutan pasukan tentera di darat, ia memang satu rekaan yang pintar.

Partisan One sebenarnya terdiri daripada dua kotak berasingan. Ia direka supaya boleh dilipat rata, dibawa dalam kontena biasa dan dipasang serta-merta di lokasi.

Tentera yang terlibat kemudian boleh memasang Partisan One dengan mudah seperti perabot yang dibeli di Ikea. Maka, pasukan tentera tidak perlu membawanya sebagai sebuah kenderaan yang sudah siap. sekali gus menjimatkan ruang dan kos. 

Kerangka asas dilengkapi dengan poin-poin cagak di mana plat senjata boleh dipasang. Pengilang juga membayangkan bahawa ia mampu menawarkan pelbagai versi. Ini termasuklah model dengan tapak roda pendek, panjang, trak pikap, selain varian pacuan dua atau empat roda. 

Spesifikasi akhir bagaimanapun masih belum diputuskan. Namun, jika dilihat dengan kemudahan yang ditawarkan, Partisan One dilihat boleh digunakan di medan perang untuk jangka masa yang lama.

Malah jurutera kelahiran Rusia Jerman dari Partisan Motors, Dr. Juri Postnikov dilapor mahu menawarkan jaminan sehingga 100 tahun. Mak ai.. lama betul..

Google ads
Back to top button