Artikel Pilihan

PASANG JALUR PERLUMBAAN, KERETA JADI LAJU?

Siapa tak kenal dengan Caroll Shelby, ikon permotoran Amerika yang memenangi perlumbaan Le Mans pada tahun 1959 dengan mengalahkan Ferrari. Shelby ingin kembali berlumba dalam Le Mans namun masalah kesihatan menghalang Shelby berbuat demikian kecuali dia menyertai pertandingan tersebut sebagai pengeluar

Apa yang Shelby buat ialah ambil cesi AC Cobra buatan British dan masukkan enjin V8 Ford bagi menghasilkan Shelby Cobra. Namun cesi ini menggunakan rekaan roadster ada kelemahan iaitu atapnya terbuka. Bila atap terbuka rintangan angin menjadi tinggi disebabkan pekali geseran adalah tinggi.

GT40 oada tahun 1966 dengan jalur perlumbaan

Ini terbukti pada Le Mans 1963, ketika melalui jalan Mulsanne Straight sejauh 6km, Shelby Cobra hanya mampu mencatatkan kelajuan tertinggi 235km/j sahaja berbanding dengan Ferrari 250 GTO yang mampu dipandu pada kelajuan 299km/j. Jadi dalam setiap pusingan, Cobra akan tertinggal sejauh 15 saat berbanding dengan GTO.

Menyedari masalah ini, Shelby meminta pekerjanya iaitu Peter Elbert Brock ataupun nama pendeknya Pete bagi menghasilkan sebuah kereta coupe ataupun kereta sport 2 pintu berbumbung. Ia merupakan kesinambungan Shelby Cobra yang dinamakan sebagai Shelby Daytona

GT40 dari pasukan Ford tanpa Jalur Perlumbaan – 1965

Pete mengambil semula rekaan cesi Shelby Cobra mereka semula kedudukan stering, kusyen pemandu serta memberikan rekaan luaran baru kepada Daytona. Shelby kemudian meminta bantuan konsultan Convair bagi menghasilkan rekaan yang lebih dinamik berbanding dengan Cobra.

Selepas memandu uji selama 2 bulan dan beberapa perubahan dibuat, Ken Miles akhirnya memberi kelulusan kepada kereta ini untuk perlumbaan. Jadi pada tahun 1964, Shelby membawa kereta ini ke Le Mans bagi bertanding dalam kelas GT. Kereta ini dipandu secara bergilir-gilir dengan Dan Gurney serta Bob Bondurant mampu mengalahkan jentera Ferrari 250 GTO dalam perlumbaan Le Mans 1964

Daytona 1964 dengan jalur perlumbaan

Namun Pete bukan sahaja mereka kereta, tetapi menghiasi Daytona dengan jalur berwarna putih. Undang-undang perlumbaan ketika itu menyebut, semua pasukan yang bertanding wajib mewarnakan kereta mereka berdasarkan warna perlumbaan negara asal mereka. Warna merah?

Opps Mr Enzo dan Itali dah guna dari dulu. Warna hijau digunakan oleh British. Warna perak digunakan oleh Jerman. Warna perlumbaan Amerika ialah putih dan biru. Sama seperti warna bendera mereka. Shelby Daytona tadi diwarnakan dengan warna biru dengan 2 jalur putih dilayangkan bermula dari depan sehingga ke belakang

Ford GT dengan jalur perlumbaan tahun 1966

Nombor kereta pula diletakkan dalam bulatan bersama-sama dengan jalur putih tadi. Nampak menarik kan. Disebabkan prestasi Pete yang bagus, Shelby menaikkan pangkat Pete bagi mengetuai projek Ford GT 40 pada tahun 1965. Sama seperti model Daytona, Pete turut memberikan sentuhan racing stripes pada GT 40.

Ford GT40 diberi warna biru dan warna jalur perlumbaan bagi tahun 1965 dan juga 1966. Disebabkan kemenangan Shelby Daytona pada tahun 1964 dalam kelas GT dan Ford GT40 menjuarai perlumbaan pada tahun 1966 menjadikan jalur perlumbaan mulai sinonim dengan kelajuan dan kemenangan

Jalur perlumbaan ini menjadi semakin popular di kalangan peminat sukan permotoran. Malah Ferrari juga mengikuti perkembangan semasa dengan memperkenalkan varian khas untuk litar seperti Ferrari FXX dengan jalur perlumbaan berwarna putih. Ferrari Amerika pula menawarkan jalur perlumbaan sebagai pilihan dengan harga tambahan menghampiri 9 ribu USD

Alasan Ferrari ialah car tersebut dihasilkan dengan tangan. Dengan harga yang merepek, sebenarnya anda boleh membeli sebuah kereta kompak dan tampal sendiri jalur perlumbaan dengan harga yang lebih murah di kedai aksesori. Mungkin anda patut tampal pelekat sahaja ia akan jadi lebih laju. Tak payah tampal jalur perlumbaan pun.

Tags
Google ads
Back to top button