Buletin

KEMPEN ‘WELCOME BACK’ VW BERI FAEDAH TAMBAHAN KEPADA FRONTLINERS

Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah menambah baik kempen selepas jualan “Welcome Back”. Ia akan memberi lebih banyak kelebihan kepada pemilik Volkswagen yang menjadi kumpulan barusan hadapan atau frontliners dalam usaha memerangi wabak COVID-19. 

VPCM nyata sangat berterima kasih kepada golongan ini yang sanggup menggadainya nyawa mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, kelebihan ini adalah sebagai tanda terima kasih dan meringankan beban para pemilik kenderaan Volkswagen. 

Antara penambahan baru ialah keutamaan ketika membuat tempahan, sanitasi kenderaan secara percuma dan potongan 10 peratus daripada keseluruhan bil. 

Pelanggan perlu menyatakan kawasan tempat kerja ketika membuat pendaftaran dalam talian. Kakitangan VPCM akan menghubungi anda bagi tujuan pengesahan. Sebaik sahaja diluluskan, kelebihan tambahan akan dikreditkan ke dalam aplikasi Volkswagen Cares. 

Ia sudah boleh digunakan untuk temu janji pra-tempahan mereka. Temu janji mesti dibuat dalam masa 30 30 hari selepas PKP ditamatkan.  

Google ads
Back to top button