Artikel Pilihan

JEPUN SEDIA PAKEJ RM9.6 BILION BANTU FIRMA PINDAH DARI CHINA. SYARIKAT EROPAH & AS PUN MAHU KELUAR JUGA

Kerajaan Jepun telah memperuntukkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$2.2 bilion (RM9.6 bilion) dalam bentuk subsidi dan pinjaman langsung untuk membantu firma pengilangan Jepun keluar dari China. 

Langkah itu diambil berikutan banyak rantaian bekalan terganggu akibat penularan wabak COVID-19 sejak Februari lalu. 

Daripada jumlah itu, Jepun memperuntukkan AS$2 bilion (RM8.7 bilion) supaya syarikat memindahkan pengeluaran kembali ke Jepun. Manakala bakinya sedia digunakan oleh syarikat Jepun yang ingin memindahkan operasi ke negara-negara lain. 

Kerajaan yang terajui oleh Shinzo Abe itu mengambilkeputusan tersebut ketika Presiden China, Xi Jinping dikatakan bakal melawat Jepun awal bulan ini. Masih belum dapat dipastikan bagaimana perubahan pendekatan polisi ini akan menjejaskan hubungkan Jepun dengan China yang merupakan salah satu rakan dagangan terbesarnya. 

Ketika ini, banyak syarikat Amerika Syarikat mengambil pendekatan keluar dari China, walaupun tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan. 

“Syarikat sudah lama ingin keluar dari China. Sebab itulah kami menjalankan kajian ini sekarang untuk mendapatkan data sebenar. Pandemik menyebabkan ranaian bekalan terjejas teruk. 

“Jadi apabila mereka boleh membentangkan pengiraan tentang risiko bekalan, ramai yang berpendapat perlu keluar dari China,” kata salah seroang rakan daripada firma perunding pengilangan global Kearney, Patrick Van den Bossche. 

Dalam kerangka kerja globalisasi sedia ada, penggantungan ke atas rantaian bekalan daripada China oleh syarikat Eropah dan AS perlu diambil perhatian serius.  

China kini dilihat cuba untuk membaiki reputasi yang terjejas teruk akibat satu lagi wabak COVID-19, selepas SARS menyerang dunia pada tahun 2002-3002. Buat masa sekarang, hubungan China dengan AS dan Eropah Barat nampak tidak lagi seerat dahulu. 

Jadi, pakar berpendapat negara-negara ini perlu mengikut jejak Jepun yang menyediakan dana khas untuk syarikat mereka keluar dari republik tersebut. 

“Atas alasan keselamatan sahaja, saya fikir banyak syarikat pengilangan barangan penting perlu keluar dari China, terutama dalam situasi kecemasan seperti sekarang. Saya melihat ini sebagai sesuatu yang bagus untuk ekonomi dunia, tetapi menjadi satu berita buruk buat China. China akan memerlukan lebih banyak permintaan domestik,” kata profesor kewangan sebuah fkulti perniagaan global yang berpangkapan di luar Paris, INSEAD, Lily Fang. 

Sejak dua bulan lalu, berjuta-juta pekerja di China telah diberhentikan kerja. Bukan sahaja mereka yang bekerja di kilang milik asing, malah pengilang China sendiri yang mula berpindah ke Vietnam.  

Biarpun banyak syarikat mahu dan sudah keluar dari China, keupayaan China dari segi ekosistem ekonomi dan bekalan memang sukar untuk ditiru atau diganti. 

“Terdapat beberapa industri seperti elektronik yang memerlukan banyak masa sebelum sumber baharu dapat mencapai tahap seperti China. China ialah gergasi, tetapi ia telah menerima banyak hentaman dan ini membuka peluang kepada negara lain.

“Jadi, negara mana yang mampu mengambil tempatnya?” soal Patrick Van den Bossche. – Forbes, Bloomberg, Business Today

Google ads
Back to top button