Buletin

PASUKAN MALAYSIA MARA KE JAKARTA – JELAJAH 50 TAHUN HOT WHEELS

Tahun ini penuh dengan keterujaan dan kemeriahan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Hot Wheels®. Kemuncak ulang tahun itu diraikan menerusi Jelajah Ulang Tahun ke-50 SEA.

Acara itu juga berhasil menjelmakan angan-angan Eaden Lim Sze Han dan Muhammad Harith Iqbal bin Shahril, dua anak muda yang
mengungguli saingan peringkat Malaysia. Susulan kejayaan itu, secara automatik mereka melayakkan diri untuk mewakili Malaysia di pusingan akhir di Jakarta pada 16 Disember 2018.
Pertandingan akhir peringkat kebangsaan bersempena Jelajah Ulang Tahun ke-50 SEA Hot Wheels® Malaysia telah diadakan di Sunway Pyramid. Ia merupakan antara 50 lokasi sambutan merentasi 5 negara Asia Tenggara. Dalam tempoh lebih sebulan, ratusan pasukan
bersaing bagi mewakili Malaysia dalam ujian kelajuan, ketepatan dan penyelesaian masalah.
Hanya 10 pasukan terbaik yang berjaya melayakkan diri dan pasti menjadi hari yang mengujakan dengan semangat pelumba Hot Wheels® sejati.
“Di Mattel, kami percaya bahawa waktu bermain bukanlah sesuatu perbuatan yang membazir masa. Bermain merupakan cara produktif untuk perkembangan kanak-kanak secara sihat dan lebih banyak penglibatan si ibu, perkembangan anak-anak akan menjadi lebih baik. Dengan Hot Wheels®, kami menggalakkan kanak-kanak untuk menyerlahkan semangat daya saing yang menyala dalam diri mereka.
Semangat untuk bersaing menggalakkan mereka mendepani cabaran dan mengasah keyakinan diri yang merupakan kemahiran hidup bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan,” ujar Pengurus Cawangan Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco.
Saingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori: Pasukan berusia 5-8 tahun (Kategori A) dan 9-12 tahun (Kategori B). Suasana menjadi meriah dengan sorakan penonton menyokong pasukan pilihan masing-masing yang turut meraikan bersama mereka yang berjaya. Turut hadir ialah figura terkenal tempatan, Dynas Mokhtar dan Shaine Wong. Kedua-duanya berkongsi apresiasi terhadap Hot Wheels® yang selama ini banyak membantu pembentukan kemahiran berfikir kritis dan keyakinan anak-anak mereka.
Sebagai ibu, mereka juga berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran tersebut. Keputusan akhirnya berpihak kepada Eaden Lim Sze Han dan ibunya, Low Teng Teng untuk Kategori A, manakala pasangan anak dan ibu, Muhammad Harith Iqbal bin Shahril dan Nur Shatila binti Zulkifli menjuarai Kategori B. Kedua-dua duo itu akan mewakili Malaysia di pusingan akhir Jelajah Ulang Tahun ke-50 SEA Hot Wheels® yang bakal berlangsung pada Disember 2018 di Jakarta, Indonesia.
“Eaden mula menunjukkan minat mendalam terhadap kereta sejak sejak kecil. Sebagai ibu bapa kami amat menggalakkannya dengan minat tersebut, tetapi tidak menyangka ia berkembang sehingga ke tahap ini. Sebelum pertandingan ini, saya kurang mengetahui hal-hal
berkaitan kereta atau bagaimana cara dia gemar memainkannya.
Saya amat bersyukur kerana Hot Wheels® memberikan peluang ini untuk saya bekerjasama secara kreatif dengan anak saya terutama melibatkan hobinya,” kongsi Low Teng Teng, mewakili pasukannya yang memenangi Kategori A pada pertandingan akhir Jelajah Ulang Tahun ke-50 SEA Hot Wheels® Malaysia.
Google ads
Back to top button