Buletin

PASUKAN SIME DARBY RACING DEBUT DI PORSCHE CARRERA CUP 2023 – JALIN KERJASAMA DENGAN EARL BAMBER MOTORSPORT

Porsche Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Pasukan Sime Darby Racing yang dijadual membuat penampilan sulungnya pada acara Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023.

Bersaing dalam kategori PCCA PRO, pelumba muda negara, Nazim Azman akan memandu jentera 911 GT3 Cup bercorak batik.

Untuk rekod, kereta GT3 Cup dibina berasaskan 911 generasi-992 yang menawarkan lebih downforce serta teknologi untuk prestasi lebih baik.

Pasukan itu juga mendapat sentuhan juara PCCA sebanyak dua kali, pemandu berkaliber Porsche Works dan juara dua kali 24 Hours of Le Mans iaitu Earl Bamber.

Bersama-sama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM), Porsche Malaysia membawakan rakan teknikal berpengalaman untuk Pasukan Sime Darby Racing.

Untuk Musim Porsche Carrera Cup Asia ke-20, Malaysia menjadi destinasi pertama perlumbaan sebelum diteruskan di Korea, Jepun, Thailand, Singapura, sebelum berakhir di Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, “Kami yakin dengan prestasi kami untuk musim akan datang terutama dengan adanya kerjasama daripada Earl Bamber Motorsport dan Nazim.”

Nazim memberitahu dia sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Porsche Malaysia dan Earl Bamber Motorsport untuk mewakili Pasukan Sime Darby Racing di Porsche Carrera Cup Asia 2023.

Porsche Carrera Cup Asia 2023 bakal membuka tirai saingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk pusingan 1 dan 2 pada 28 hingga 30 April 2023.

Siri ini diteruskan ke seluruh rantau Asia sebelum kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos 2023, serta pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia di SIC.

Google ads
Back to top button