Buletin

PORSCHE CAYENNE 2023. SKRIN MELENGKUNG, EKZOS TITANIUM, PILIHAN ENJIN 4.0 V8 650HP

Porsche Cayenne 2023 kini didedahkan secara rasmi dengan beberapa kemas kini baharu selain naik taraf janaan kuasa.

Dari luaran, terdapat perubahan dilakukan antaranya lampu LED Matrix yang didatangkan sebagai standard, lampu berbentuk tajam, hud, selain fender dikemaskan dengan bentuk baharu serta lampu belakang baharu.

Porsche Cayenne 2023 diserlahkan lagi dengan penampilan rim bersaiz 20, 21 atau 22 inci. Tidak ketinggalan, model berkenaan mempunyai pilihan Lightweight Sport Package yang dikatakan 32.6kg lebih ringan.

Terdapat tiga warna baharu ditawarkan iaitu Algarve Blue Metallic, Montego Blue Metallic dan Arctic Grey.

Di ruang kabin, Porsche melakukan perubahan ketara apabila memuatkan skrin instrumen jenis melengkung bersaiz 12.6-inci, skrin 12.3-inci di konsol tengah dan tombol baharu di stereng kiri untuk mengawal sistem bantuan pemandu.

Perincian lain termasuklah butang kawalan pendingin hawa jenis haptic, pengecas tanpa wayar 15 watt, di samping Lane Change Assist dan Lane Keep Assist kini standard.

Tidak cukup dengan itu, bahagian penumpang juga disertakan skrin 10.9-inci untuk mengawal fungsi sistem navigasi serta multimedia.

Dari segi kuasa, model Cayenne standard dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 turbo, menghasilkan 348hp dan tork 500Nm.

Bagi versi E-Hybrid pula, enjin V6 turbo digandingkan bersama motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa 463hp.

Cayenne S tampil berbeza kali ini. Ia dipacu oleh enjin 4.0 liter V8 berbanding enjin V6 sebelumnya yang berupaya menghasilkan 468hp dan 600Nm dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 272km/j.

Untuk model terakhir, Cayenne Coupe Turbo GT dijana oleh enjin 4.0 liter V8 dengan output maksimum 650hp. Cayenne Coupe Turbo GT mempunyai daya pecutan 100km/j dalam masa 3.1 saat. Kelajuan maksimum pula dihadkan 300km/j.

Turut hadir dalam Cayenne Turbo GT ialah stereng roda belakang, suspensi udara, brek komposit seramik dan ekzos titanium.

Didatangkan sebagai standard, Cayenne, S, dan E-Hybrid menerima penyerap hentak dua-injap baharu, termasuk Porsche Active Suspension Management (PASM).

Cayenne Turbo GT pula dilengkapo sistem suspensi udara baharu untuk memberikan pengalaman terbaik bagi setiap mod pemanduan iaitu Normal, Sport serta Sport Plus.

GALERI:

Google ads
Back to top button