
KEMASKINI GAME GT7 TAMBAH SOKONGAN PS VR2, ADA PORSCHE 911 CARRERA RS, HONDA F1
Permainan simulasi perlumbaan Gran Turismo 7 telah dikemaskini pada 20 Februari yang lalu.
Ia kini menawarkan sokongan kepada set kepala realiti maya PS VR2 yang akan dilancarkan kelak, serta terdapat ciri VR Showroom yang membolehkan pemain memasuki garaj dan melihat kereta-kereta menggunakan teknologi realiti maya.
GT7 turut menambah lima buah kereta baharu seperti jentera Formula One Honda RA272 1965, Citroen DS 21 Pallas 1970, Porsche 911 Carrera RS 1973, serta dua buah model Italdesign Exeneo Gran Turismo masing-masing dalam mod Street dan Off-road.

Kemaskini terbaharu itu juga menambah litar Grand Valley ke dalam siri tersebut, di mana dua layout yang boleh dipilih iaitu Highway 1 dan South.
Pemain juga boleh mencuba mengambil gambar dengan menggunakan latar belakang Drift Stage, dan ada tutorial yang telah disediakan bagi mengajar pemain mengambil foto kenderaan yang sedang drift.
Akhir sekali, GT7 menyediakan ejen perlumbaan Sophy yang menggunakan teknologi kepintaran buatan, dan pihak pembangun akan menggunakan input daripada para pemain untuk menambahbaik mod ini pada masa hadapan.







