Buletin

PEKERJA LPT2 DIPUKUL KERANA DISANGKA PENCURI LEMBU

Kontraktor Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang ditugaskan untuk menangkap lembu yang berkeliaran di kawasan lebuhraya itu ditangkap penduduk sekitar berhampiran susur keluar LPT2, Kampung Chabang. Kejadian yang berlaku malam Ahad lalu adalah akibat salah faham penduduk setempat yang menyangkakan mereka sebagai pencuri lembu.

Pekerja seramai enam orang itu ditahan apabila mereka didapati membawa lembu dalam sebuah van pada waktu malam – lebih menimbulkan syak wasangka.

Memandangkan haiwan ternakan sering hilang di kawasan tersebut, para penduduk menyangka kumpulan tersebut adalah dalangnya.

“Ia cuma salah fam,”, kata Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim.

kredit foto” Sinar Harian

Mohd Said Ibrahim juga menasihatkan orang awam supaya tidak membuat tindakan sendiri. Beliau berkata, orang ramai boleh didakwa mengikut Seksyen 323, 324, 325 dan 326 Kanun Keseksaan jika membuat tangkapan yang tidak sah dan mendatangkan kecederaan kepada orang yang ditahan.

Disebabkan kemalangan yang sering berlaku di lebuhraya tersebut, pemegang konsesi telah melantik kontraktor khusus untuk menangkap lembu yang berkeliaran.

Adalah dipercaya, pagar yang “bocor” menjadi punca bagaimana haiwan ternakan tersebut berjaya lolos masuk ke kawasan lebuhraya dan membahayakan pengguna.

KREDIT: SINAR HARIAN

Google ads
Back to top button