Buletin

TOYOTA BUKA PUSAT 2S DI TAMAN PETALING UTAMA

Selain menawarkan produk yang lebih baik, UMW Toyota Motor faham tentang pentingnya untuk menyokong pelanggan dengan rangkaian yang komprehensif.

Sebab itulah rangkainnya sentiasa berkembang di lokasi-lokasi strategik, selain dinaik taraf demi memenuhi keperluan pelanggan.

Terbaru, sebuah pusat 2S (servis dan alat ganti) telah dibuka di Taman Petaling Utama, satu kawasan yang pesat membangun di antara Petaling Jaya, Puchong dan Kinrara di Selangor.

Kemudahan itu dikendalikan oleh Laser Motor yang sudah pun menjadi pengedar sah Toyota di Bangsar sejak 16 tahun lalu.

Laser Motor telah mengembangkan operasinya dengan cawangan di Seremban yang menawarkan seris selepas jualan serta badan & cat.  

Cawangan 2S itu mempunyai sebuah lounge pelanggan yang luas dan selesa, lengkap dengan wifi.

Ia terletak di No. 30E, Jalan PJS 1/46, PJS 1, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Fasiliti ini mempunyai 14 ruang kerja. Buat masa sekarang, terdapat 13 juruteknik yang terlatih untuk menyelenggara kenderaan Toyota anda.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-7773 1818. Waktu beroperasi ialah 8.00am-5.30pm (kecuali cuti umum).

GALERI

Google ads
Back to top button