Buletin

KEMALANGAN SEBAB LEMBU MELINTAS MENGEJUT, MANA OWNER LEMBU MENGHILANG?

Tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan detik kejadian dimana sekumpulan lembu melintas jalan secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kubu Gajah, Selama, Perak.

Video yang dikongsikan oleh Video Viral Malaysia di Facebook hari ini memaparkan waktu kejadian adalah pada semalam sekitar pukul 4.51 petang.

Menerusi video tersebut, kedengaran suara wanita dan kanak-kanak menangis di dalam kenderaan yang melanggar lembu-lembu berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta mangsa untuk menuntut keadilan dengan menyaman pemilik lembu-lembu tersebut.

“Saman pemilik lembu, nak ternak banyak-banyak tapi tak reti nak jaga baik-baik, kes macam ini boleh jadi punca pemandu lain maut,” tegas Syukri.

“Kes macam ini banyak jadi dekat Malaysia, ada yang bawa maut tapi pihak berkuasa ‘hampeh’ sekali ketuk sekali buat,” kata Jejai Jack. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button