Buletin

PROTON LANCAR MPV EXORA FACELIFT 2019 – HARGA BERMULA RM59,800

Proton hari ini melancarkan model facelift MPV Exora di Centre of Excellence, Subang, Selangor.

Exora menjadi model terbaharu yang menerima proses penambahbaikan luaran serta dalaman selepas Proton Persona dan Iriz.

Naik taraf ini sememangnya tiba tepat pada masanya kerana Exora kini sudah berada di pasaran hampir 10 tahun.

MPV tujuh tempat duduk dewasa itu masih mengekalkan khidmat enjin 1.6 turbo yang mampu menjana kuasa 138hp dan tork maksimum 205Nm. Enji itu kemudian dipadakan kotak gear CVT.

Exora hadir dalam dua varian iaitu Exora Premium dan Exora Executive yang masing-masing dijual pada harga RM66,800 serta RM59,800 seunit.

Harga ini sememangnya sangat berbaloi untuk sebuah kenderaan yang boleh membawa tujuh orang penumpang pada satu-satu masa.

Berbanding model terdahulu, Exora facelift dilengkapi pelbagai ciri baharu dengan nilai tambah sehingga RM4,233 (Exora Executive), manakala Exora Premium menerima penambahbaikan berjumlah RM5,652.

1,000 orang pelanggan terawal akan menerima cukai jalan selama dua tahun secara percuma untuk pendaftaran persendirian dan setahun bagi syarikat.

Jadi, apa penambahbaikan yang ada pada Exora? Saya senaraikan ciri-ciri baharu untuk panduan anda.

Luaran

  1. Rim aloi baharu dua tona
  2. Lampu nyalaan siang (DRL) LED
  3. Lampu kabus belakang
  4. Skirting sisi
  5. Kemasan but belakang berwarna hitam berkilat
  6. Antena jenis ‘shark fin’

Ruang Kabin

  1. Auto Cruise
  2. Infotaimen bersaiz 7 inci yang dilengkapi ciri arahan suara Hi Proton, Mirro-Link
  3. Meter baharu TFT
  4. Cermin pandang belakang tanpa bingkai
  5. Rekaan corak baru pada tempat duduk dan panel pintu

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button