Buletin

PENYELUDUP CAMPAK LEMBU KELUAR LORI NAK LEPASKAN DIRI. MACAM FILEM TAMIL DAH

Sekumpulan penyeludup lembu berjaya diberkas pihak berkuasa selepas aksi ‘drama’ kejar-mengejar sejauh 22 km di India.

Lebih mengejutkan penyeludup berkenaan yang melarikan tujuh ekor lembu sanggup ‘mencampak’ keluar lembu dari lori untuk melepaskan diri mereka.

Menurut pihak polis, suspek yang menaiki lori dikejar oleh tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) penjaga lembu terbabit.

Bagaimanapun, pelaku kesalahan tidak mahu memberhentikan kenderaan malah menolak dua ekor lembu keluar dari bahagian belakang lori mereka.

Pihak polis yang turut serta dalam aksi kejar-mengejar berjaya menahan lima suspek.

Polis memaklumkan, dua daripada tujuh ekor lembu yang cuba diseludup menggunakan lori cedera selepas ditolak keluar dari kenderaan itu ketika insiden kejar-mengejar.

Difahamkan, kesemua lembu cuba diseludup ke Mewat dari Delhi untuk disembelih.

Video kejar-mengejar itu tular di media sosial dan meraih lebih 47,000 tontonan. –india.com

Google ads
Back to top button